Thursday, July 27, 2017

RAYA!! RAYA!! RAYA!!


Assalammualaikum geng

Agak lama tak menulis kat blog ni. Agak lama menyepi dari mencoret di dinding blog ini. Cepat betul masa berlalu dan bumi kita kini dimamah usia tanpa kita sedari. Betapa hari ke hari umur kita makin meningkat. Kita masih tidak tahu adakah amalan kita sudah seimbang dunia dan akhirat atau tidak? Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan bulan syawal yang mulia ini. Terasa rindu pada Ramadan yang baru saje berlalu. Jika dahulu puasa terasa sangat lama tetapi kali ni sangat pantas waktu berlalu. Berpuasa 30 hari ibarat seminggu saja. Mungkin saja ada kekurangan dalam ibadah sehingga memperlihatkan sedikit kerugian pada diri. Harap dipertemukan lag pada Ramadan akan datang.

Hari ni just nak story pasal raya tahun 2017. Beza memang berbeza. Tahun lepas beraya sebagai penganggur tetapi tahun ni raya sebagai penjawat awam. Tahun lepas masih dapat duit raya tapi tahun ni kena bagi duit raya pula. Tambahan pula anak buah dah jadi 3 orang so kena la sediakan duit raya untuk 3 orang + adik bongsu perempuan tu yang masih study lagi.

Seronok memang seronok sebab dapat pengalaman baru. Tahun ni nak raya mesti kena apply cuti dulu kalau tak memang beraya kat opis je la. Insyallah bulan 9 ni masok setahun aku kerja kat sini. Tahun ni aku buat open house kat pejabat. Alhamdulillah dapat kerjasama dari pelajar-pelajar senpai. Kalau nak harapkan aku sorang, memang tak larat la jadinya. Dek kerana kerjasama penuh yang diberikan, rumah terbuka tu berjalan lancar. Alhamdulillah Allah dah permudahkan urusan aku. Sensei kat sini cakap tak pernah lagi Pusat Bahasa buat open house so kiranya aku la orang pertama yang rajin sangat buat open house ni. Nasib la sensei pon banyak tolong kalau tak memang tak menang tangan nak uruskan majlis ni.

Aku buat open house bukan hanya untuk eratkan silaturahim sesama pelajar dan staf saja tapi untuk mencipta kenangan pada pelajar sebelum mereka terbang ke Jepun. Mungkin saja ini akan menjadi raya terakhir mereka di sini dan takkan dapat merasainya lagi pada tahun hadapan. Aku hanya nak cipta kenangan demi kenangan sebagai buah tangan jika terpaksa bertugas di tempat lain.

Moral support yang tinggi mendorong aku melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan tempat ini. Banyak aktiviti yang aku plan untuk tahun ni dan aku harap sangat Allah permudahkan urusan dan kawan-kawan kat sini bagi fully support dalam semua aktiviti. Bukan untuk tunjuk aku ni rajin tapi hanya menjalankan amanah Allah.

Sampai sini saja dapat aku coretkan. Aku pon tak tahu apa yang aku merepek ni. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dan aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sepanjang kita berkenalan ada terkasar bahasa atau perlakuan.

Terima kasih


No comments:

Post a Comment