Saturday, April 23, 2011

Bersabar Hadapi Dugaan!!!!!


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Thursday, April 7, 2011

alt

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (Surah At-Taubah 9: Ayat ke 128)
Pesanan Penting Dari Rasulullah Saw
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
Riwayat : Bukhari – Kitab Etika (Hadith no.5559) Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 67)Tirmizi – Kitab Suasana Hari Kiamat (Hadith no. 2424)Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4487)Ibnu Majah – Kitab Fitnah (Hadith no. 3961)Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 267 & 433)