Monday, August 28, 2017

KEMBARA KE TENOM, SABAH

Assalammualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk terus hidup dibumi yang barakah demi mencari sedikit bekalan di akhirat kelak. Hari ni nak story pasal lawatan aku ke Pusat Latihan Belia KPD-OISCA di Tenom Sabah. Lawatan ini adalah untuk memantau aktiviti pelajar yang telah pun berada disana selama 2 minggu. Aku pulak dapat pergi sana bermula 19 Ogos sehingga 23 Ogos 2017 je. So tak lama la kat sana.

Ini adalah pengalaman pertama aku ke Sabah dan juga pengalaman pertama ke Pusat Latihan Belia ni. Sudah hampir setahun aku berkhidmat dengan MARA, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk jejakkan kaki ke tempat yang selalu menjadi tempat latihan pelajar OISCA sebelum ke Jepun. Terima kasih MARA-OISCA.


Perjalanan ke Sabah dengan menaiki flight selama 2 jam 30 minit dari KLIA2 ke KK. Dari KK pula, perjalanan untuk ke daerah Tenom mengambil masa selama 3jam lebih dengan menaiki pacuan 4 roda. Kenapa tak naik flight? Oh untuk maklumat semua, untuk ke Tenom memang tak ada flight disediakan so memang kena melalui jalan darat. Sampai saja di KKIA pada jam 1.05ptg, aku telah dijemput oleh seorang staf Pusat Latihan Belia KPD-OISCA iaitu En Sinol Gobou yang juga dikenali sebagai sensei Sinol. Seorang yang peramah walaupon pertama kali jumpa dan dah macam tour guide aku kat sini.

Perjalanan ke Tenom ini akan melalui Banjaran Crocker yang sangat terkenal dengan sejarah dan pemandangan yang cantik. Bagi aku, perjalanan ke Tenom memang sedikit mencabar kerana terpaksa melalui bukit bukau yang sangat tinggi dan jalan raya yang tidak berapa elok kerana terdapat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Sebelum sampai di Tenom, sensei Sinol berhenti di pekan Keningau untuk menjemput seorang staf yang pulang ke kampung.

Alhamdulilah, jam 4.15 ptg aku selamat sampai di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom setelah menempuhi perjalanan yang memenatkan selama 3 jam. Tiba di sana, hati berubah menjadi gembira dan kepenatan mula hilang apabila melihat pemandangan kampung yang sangat bersih, jauh dari kesibukan kota serta mendamaikan. Ibarat berada di dunia yang baru, kat sana memang tak ada bangunan setinggi 50 tingkat walaupun di pekan Tenom. Sangat-sangat berbeza.

Aku diberikan sebuah rumah tetamu memandang aku staff MARA. Layanan pada hari tu sangat berbeza kerana aku di layan sangat baik tidak kira dari tenaga pengajar atau pelajar di sana sendiri sehinggakan aku rasa sangat kekok. Benda pertama yang aku rasa lain adalah waktu di sana. Selalunya jam 6.00 petang masih terang di semenanjung tapi di Sabah, jam 6.00 petang ibarat jam 7.00 malam di semenanjung. So bila dah berubah waktu tu, waktu untuk solat pun berubah la. Solat magrib bermula jam 6.30 petang dan solat isyak pula jam 7.40 malam.

Selain perubahan waktu malam, waktu makan juga berubah bila aku kat sini. Yela selalunya aku makan malam jam 8.00 malam ke atas tapi kat sini, waktu makan aku bersama pelajar pada jam 6.30 petang. Oh lupa nak bagitahu yang kat sini memang ikut budaya Jepun so setiap hari jam 6.00 petang akan ada upacara menurun bendera oleh pelajar sama seperti yang di amalkan di OISCA Center di Jepun. Aku teruskan point ke hari-hari berikutnya memandang aku berada di sana 5 hari so tak kan nak cerita details setiap hari kan. So aku amik sedikit cerita setiap hari.

Rutin harian di sini bermula jam 6.00pagi dengan aktiviti tenko dan taiso (senaman Jepun). Kalau ikutkan, rutin harian ni memang semua kena ikut tidak kira sensei (panggilan untuk cikgu di sini) atau pelajar itu sendiri. Selepas tenko dan taiso, akan ada soji iaitu pembersihan asrama dan kawasan sekitar. Di tempat aku kerja pon ada tapi soji selalunya dibuat selepas waktu kerja. Untuk makluman semua juga, dekat disini memang tidak disediakan cleaner dan semua pembersihan dilakukan pelajar itu sendiri. Selepas soji, pelajar akan menjamu sarapan pagi jam 7.30 pagi yang disediakan oleh pelajar sendiri. Oh terlupa nak bagitahu, semua aktiviti disini memang pelajar yang lakukan sendiri bermula dari soji, memasak dan berkebun dengan bimbingan sensei. So kiranya mereka ini di didik untuk berdikari.

Selepas sarapan, pelajar akan ke kebun untuk memulakan tugasan harian mereka. Bagi pelajar OISCA, mereka telah ditetapkan tugasan yang berlainan setiap hari memandang mereka hanya berada disini selama 2 minggu. Jadi setiap hari mereka akan lakukan tugasan yang berbeza.



Bersambung esok sebab tak larat










Monday, July 31, 2017

MENCARI KEREDHAAN ALLAH

Assalamualaikum geng,

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah Taala redha bagi kamu tiga perkara dan benci bagi kamu tiga perkara. Maka Dia redha bagi kamu untuk beribadat kepadaNya,kamu tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pon, kamu berpegang teguh dengan tali Allah semuanya dan tidak berpecah belah. Dia benci bagi kamu yang banyak menukilkan dan berkata-kata, banyak bertanya dan membazirkan harta"

Abu Hassan Ali al-Nadwi berkata "Keimanan ialah sekolah yang mendidik akhlak dan jiwa yang menghasilkan ketinggian akhlak dalam bentuk kehendak yang kuat, jiwa yang teguh, melakukan muhasabah ke atasnya dan menginsafinya,. Ia adalah faktor pengawasan yang kuat untuk menghindari penyelewengan akhlak dan budi yang rendah, yang apabila dorongan kebinatangan menguasai diri manusia sehingga manusia tergelincir dan tidak dapat kawal undang-undang.

Pujangga berkata "Hati-hati jangan sesekali melukai perasaan seseorang dan kelompok.Jadikan lisan itu lurus, bicaranya baik, kata-katanya egar dan isi percakapannya terjaga daripada hal-hal buruk"

Pujangga berkata "Hidup ini sangat singkat maka jangan anda pendekkan dengan berasa takut.Mencari kawan itu susah, maka jangan membuatnya menyesal dengan menghinanya. Sedangkan musuh itu banyak sekali dan jangan menambah jumlah mereka dengan akhlak yang buruk"

Petikan dari buku Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan nukilan Dato Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga bermanfaat dan berjumpa di lain masa. Insyallah dengan izinNya.


HANYA TUHAN YANG TAHU

Assalammualaikum geng

Malam ini just nak sharing satu tajuk yang sedikit menarik. Bila bercakap tentang jodoh, ramai yang suka mencari dari menanti. Tidak kira lelaki atau perempuan, kesempurnaan adalah menjadi keutamaan untuk menjadi pendamping seumur hidup tapi bagi aku cukup sekadar dia sudi menjadi isteri, ibu dan menantu yang baik untuk hidup aku. Bohonglah kalau kata aku tak minat yang cantik tapi kita kena faham bahawa jodoh kita telah ditetapkan di luh mahfuz lagi.

Jom dengarkan lirik dari group UNIC ni.

Ku pendamkan perasaan ini, 
Ku rahsiakan rasa hati ini,
Melindungkan kasih yang berputik,
Terselindung di dasar hati.

Ku pohonkan petunjuk Illahi,
Hadirkanlah insan yang sejati,
Menemani kesepian ini,
Mendamaikan sekeping hati.

Oh Tuhanku,
Berikanlah ketenangan abadi,
Untukku menghadapi,
Resahnya hati ini,
Mendambakan kasih,
Insan yang ku sayang.

Dihati ini hanya Tuhan yang tahu,
Dihati ini aku rindu padamu,
Tulus sanubari menanti hadirmu,
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan
Adat dan syariat menguji kekuatan,
Keteguhan iman,
Insan yang berkasih.

Yup lirik lagu ni memang kena dengan diri aku. Aku tak berani untuk luahkan perasaan pada perempuan yang aku minat. Bukan kerana takut untuk ditolak tetapi kerana takut aku memang tidak layak untuk dia. Bagi orang, jodoh tu boleh dicari di tepi jalan atau media sosial tapi bagi aku jodoh tu sangat-sangat istimewa dan hanya boleh ditemui ditempat tertentu dengan petunjuk dari Allah.

Aku tak nak ikut macam perangai kawan aku bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Aku nak cinta yang menjadi yang pertama dan terakhir. Untuk mencari cinta sejati, perlukan perjalanan yang panjang. Tulang rusuk kiri bergetar saat terjumpa awek cantik di jalanan? Bergetar tu bukan bermakna perempuan itu pemegang tulang rusuk kiri kita yang hilang tetapi kerana nafsu diri sendiri.

Oleh itu, biarlah semua itu hanya Tuhan yang tahu. Cepat atau lambat, jodoh kita pasti akan datang. Seorang anak Adam Allah dah pasangkan dengan seorang Hawa. Kerja Allah jangan kita sibukkan. Berusaha dan bertawakal pada Allah. Allah pon dah janjikan dalam Al-Quran bahawa "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik manakala lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik".

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Insyallah dengan izinNya.

Thursday, July 27, 2017

IKHLAS KE TIDAK?

Assalammualaikum geng

Terasa rajin pulak asyik nak update blog je. Mungkin sebab tak ada kawan untuk diluahkan cerita-cerita ni so aku borak dalam blog ni je. Kalau ada kawan pun bukan boleh dipercayai sebab dah jumpa banyak yang bile kita story then dia heboh kat kawan lain. Katanya hanya lawak untuk kenakan aku.

Tajuk "Ikhlas ke tidak" aku ambil sebab dari pengalaman aku melihat banyak karenah yang orang sekeliling yang lakukan perkara tanpa keikhlasan dek kerana keterpaksaan. Bila cakap ikhlas ni, benda tu mesti datang dari dalaman bukan dari luaran. Bila dalam kata tak ikhlas tetapi luaran tetap nak buat, tu bukan ikhlas tapi terpaksa.

Ikhlas ini berkait rapat dengan hidup kita. Contohnya dalam kita mengerjakan suruhan Allah iaitu solat 5 waktu setiap hari, adakah kita melakukan ia secara ikhlas atau kerana terpaksa? Kalau ia dilakukan secara ikhlas, maka orang yang melakukannya mendapat pahala tetapi jika melakukan kerana terpaksa maka amalannya hanya sia-sia.

Begitu juga dengan kerja yang kawan-kawan kita minta tolong. Contohnya kita minta tolong kawan-kawan ambilkan barang padahal kita boleh je ambil sendiri tapi kawan yang lakukan kerja tu buat kerja sambil cakap belakang. adakah itu ikhlas? Kalau rasa tak ikhlas, cakap dari awal agar kita tidak berdosa kerana mengumpat belakang. Kalau ikhlas, buat kerja dengan senyap tanpa ada komen dan tak perlu ungkit kembali setelah kerja selesai.

Kalau kita solat tanpa keikhlasan dan selepas itu kite mengeluh penat la solat 5 waktu ni, adakah kita dapat pahala? Begitu juga dalam kita membantu kawan yang dalam kesusahan, selepas kita bantu dan kita mengeluh dan mengumpat pekerjaan yang minta kita lakukan, adakah dapat pahala?

Semua ini bergantung pada diri sendiri. Kalau buat kerja penat pastu mengeluh, siapa yang rugi? Tepuk dada tanya iman.

Semoga berjumpa lagi. Terima kasih

AKU DAN SUKAN

Assalammualaikum geng.


Malam ni nak coret sikit jela dan harap tak panjang la. Aku pilih tajuk "Aku dan Sukan" untuk menterjemahkan diri aku dengan sukan di sekeliling aku. Jujur aku katakan, aku bukanlah kaki sukan dan bukanlah kaki clubbing. So aku memang jarang main sukan kat kolej.

Waktu belajar dulu pon, aku aktif main badminton since aku ahli kelab badminton kolej. Sebenarnya banyak sukan yang aku pernah main tapi hanya sekali dua saja la. Contoh sukan bola tampar, aku main masa aku ada program kat luar kolej. Main saja-saja dengan budak-budak kolej lain tapi aku tahu la basic main bola tampar. 

Sukan bola keranjang pulak aku main masa dengan geng-geng dengan senior kat kolej dulu. Masa tu aku semester 1 ke 2. Kite orang main waktu malam sebab gelanggang bola keranjang juga digunakan sebagai gelanggang futsal pada waktu petang. Oleh kerana malam, tak selalu juga turun main sebab busy dengan assignment. Even jarang turun tapi basic aku tahu dan peraturan aku faham (sekarang dah lupe sikit). 

Sukan futsal pulak aku main sebab budak rumah aku dulu ramai kaki futsal tapi sekali dua je aku main. Waktu tu aku dah semester 4 sebab tu aku dok luar (kena tendang dari asrama). Futsal dia orang main waktu petang so kadang-kadang aku datang tengok je (macam tipu je). Aku ni jenis pemalu (memang pemalu) so bila main futsal luar dari kawasan kolej, budak rumah aku akan main dengan senior dan budak kolej lain. Sampaikan kawan aku cakap "buat apa nak malu, main futsal je bukan buat benda tak elok". Thanks abam syamir bagi nasihat.

Sukan squash aku main juga tapi waktu tu just suka-suka je even ada jurulatih dari luar yang berpengalaman mengajar. Aku main sekali pastu dah tak nak sebab susah untuk seimbangkan pukulan pada dinding. Tengok jurulatih main memang nampak senang tapi bila cuba sendiri memang susah.

Sukan takraw aku pernah main masa dok asrama dulu tu pon sekali dua je. Mula-mula main timbang-timbang dulu pastu baru main kat gelanggang. So abes pasal sukan aku main. Aku nak cerita 3 hari lepas. Apa yang berlaku?? Jeng jeng jeng

Aku ni memang jenis yang cakap lepas dan memang tak mudah bercakap jujur (sebenarnya aku jujur). Al kesah petang tu budak ni ajak main takraw sebab boring. Takraw jela mampu main sebab nak main futsal memang tak boleh sebab tak ada bola. Aku pulak demam dan batuk petang tu so hanya mampu tengok je. Sambil tengok mulut aku memang perli budak ni. Dah nak abis game petang tu, budak ni ajak aku main pulak. Aku cakap kat budak ni aku tahu main tapi malas je. Budak ni pon paksa-paksa pulak.

Waktu nak main tu, geng aku start dulu. Percubaan pertama aku tak dapat tendang, percubaan kedua pon sama then percubaan ketiga baru ok. Waktu pertama kali tendang dan terlepas bola tu, aku terlepas cakap "dah lama tak main doh" tetiba kawan aku terdengar pulak. Sampai sekarang jadi bahan ketawa dia orang tapi tak kesah pon sebab aku ni hati batu since aku kena fitnah teruk dulu. Dulu aku memang awal2 masuk kolej, hati masih lembut so mudah terasa dan mudah dijadikan kambing hitam. Sekarang apa je budak-budak ni kutuk, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku pon dah lali dengan perli dan kutuk-kutuk ni. Dah rasa kebal dan dah tak ada benda yang perlu di ambil kesah. Sometime ada lawak atau kutuk2 yang boleh diterima tapi sometime ada benda yang kita tak boleh terima. Ada benda-benda ni akan menjadi kenangan dan akan ada hilang atau luput dari ingatan. Mungkin juga melalui lawak begitu juga membolehkan orang itu untuk ingat kita sampai bila-bila.

Itu saja yang boleh aku coretkan dan conteng di wall blog aku yang tak seberapa dan tak ada orang datang melawat ni. Ini adalah diary online aku dan aku akan tulis apa yang ada dalam hati aku. Kalau ada yang baca blog aku, harap dapat komen atau follow agar aku tahu ada yang baca dan takade la aku nak merepek panjang kat sini.

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.






STUDENT SEBAGAI KAWAN

Assalammualaikum geng

Aku nak coretkan perihal diri ni. Kerja dengan orang Jepun ni memang kita kea ikut budaya mereka la. Aku pon dah start belajar bahasa Jepun tapi sempat masuk sampai bab 5 je la dari 16 bab sebab aku busy dengan keje. Walaupon tak banyak aku belajar tapi budaya kerja Jepun banyak aku praktikan. Dari start datang kerja sampai la balik kerja. 

Aku adalah staff paling muda kat kolej ni. Aku pon kira sebaya dah dengan budak-budak ni. Malah ada senpai dan kohai yang lebih tua dari aku. Aku dah anggap mereka seperti kawan pon. Kat pejabat dia orang akan hormat aku sabagai staf tapi kat asrama kite orang sebagai kawan biasa since umur pon tak jauh beza. Perangai budak-budak ni sama macam perangai geng-geng masa aku belajar kat kolej dulu. 

Bab mengutuk semua nombor satu tapi aku sangat respect dan nak bagi tabik hormat sebab dia orang tak kutuk belakang macam orang lain (yeker??). Perangai dia orang sebijik macam geng aku dulu yang suka kutuk depan-depan dan akan habis kat situ je. Oh bile sebut pasal geng classmate dan housemate, terasa rindu pulak padahal baru je jumpa time raya hari tu. 





Aku suka perangai macam tu. Tak sembang belakang dan jujur. Alhamdulillah Allah kurniakan aku kawan, sahabat dan pelajar yang terbaik untuk menjelajah kehidupan yang indah ini. Kawan ini lah yang aku harapkan akan membimbing aku ke syurga. Mereka ni pon jenis yang solat so tak rugilah bile kita ajak berjemaah, mereka akan join sekali.

Akhir kalam, semoga kita berjumpa lagi.




RAYA!! RAYA!! RAYA!!


Assalammualaikum geng

Agak lama tak menulis kat blog ni. Agak lama menyepi dari mencoret di dinding blog ini. Cepat betul masa berlalu dan bumi kita kini dimamah usia tanpa kita sedari. Betapa hari ke hari umur kita makin meningkat. Kita masih tidak tahu adakah amalan kita sudah seimbang dunia dan akhirat atau tidak? Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan bulan syawal yang mulia ini. Terasa rindu pada Ramadan yang baru saje berlalu. Jika dahulu puasa terasa sangat lama tetapi kali ni sangat pantas waktu berlalu. Berpuasa 30 hari ibarat seminggu saja. Mungkin saja ada kekurangan dalam ibadah sehingga memperlihatkan sedikit kerugian pada diri. Harap dipertemukan lag pada Ramadan akan datang.

Hari ni just nak story pasal raya tahun 2017. Beza memang berbeza. Tahun lepas beraya sebagai penganggur tetapi tahun ni raya sebagai penjawat awam. Tahun lepas masih dapat duit raya tapi tahun ni kena bagi duit raya pula. Tambahan pula anak buah dah jadi 3 orang so kena la sediakan duit raya untuk 3 orang + adik bongsu perempuan tu yang masih study lagi.

Seronok memang seronok sebab dapat pengalaman baru. Tahun ni nak raya mesti kena apply cuti dulu kalau tak memang beraya kat opis je la. Insyallah bulan 9 ni masok setahun aku kerja kat sini. Tahun ni aku buat open house kat pejabat. Alhamdulillah dapat kerjasama dari pelajar-pelajar senpai. Kalau nak harapkan aku sorang, memang tak larat la jadinya. Dek kerana kerjasama penuh yang diberikan, rumah terbuka tu berjalan lancar. Alhamdulillah Allah dah permudahkan urusan aku. Sensei kat sini cakap tak pernah lagi Pusat Bahasa buat open house so kiranya aku la orang pertama yang rajin sangat buat open house ni. Nasib la sensei pon banyak tolong kalau tak memang tak menang tangan nak uruskan majlis ni.

Aku buat open house bukan hanya untuk eratkan silaturahim sesama pelajar dan staf saja tapi untuk mencipta kenangan pada pelajar sebelum mereka terbang ke Jepun. Mungkin saja ini akan menjadi raya terakhir mereka di sini dan takkan dapat merasainya lagi pada tahun hadapan. Aku hanya nak cipta kenangan demi kenangan sebagai buah tangan jika terpaksa bertugas di tempat lain.

Moral support yang tinggi mendorong aku melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan tempat ini. Banyak aktiviti yang aku plan untuk tahun ni dan aku harap sangat Allah permudahkan urusan dan kawan-kawan kat sini bagi fully support dalam semua aktiviti. Bukan untuk tunjuk aku ni rajin tapi hanya menjalankan amanah Allah.

Sampai sini saja dapat aku coretkan. Aku pon tak tahu apa yang aku merepek ni. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dan aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sepanjang kita berkenalan ada terkasar bahasa atau perlakuan.

Terima kasih