Monday, July 31, 2017

HANYA TUHAN YANG TAHU

Assalammualaikum geng

Malam ini just nak sharing satu tajuk yang sedikit menarik. Bila bercakap tentang jodoh, ramai yang suka mencari dari menanti. Tidak kira lelaki atau perempuan, kesempurnaan adalah menjadi keutamaan untuk menjadi pendamping seumur hidup tapi bagi aku cukup sekadar dia sudi menjadi isteri, ibu dan menantu yang baik untuk hidup aku. Bohonglah kalau kata aku tak minat yang cantik tapi kita kena faham bahawa jodoh kita telah ditetapkan di luh mahfuz lagi.

Jom dengarkan lirik dari group UNIC ni.

Ku pendamkan perasaan ini, 
Ku rahsiakan rasa hati ini,
Melindungkan kasih yang berputik,
Terselindung di dasar hati.

Ku pohonkan petunjuk Illahi,
Hadirkanlah insan yang sejati,
Menemani kesepian ini,
Mendamaikan sekeping hati.

Oh Tuhanku,
Berikanlah ketenangan abadi,
Untukku menghadapi,
Resahnya hati ini,
Mendambakan kasih,
Insan yang ku sayang.

Dihati ini hanya Tuhan yang tahu,
Dihati ini aku rindu padamu,
Tulus sanubari menanti hadirmu,
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan
Adat dan syariat menguji kekuatan,
Keteguhan iman,
Insan yang berkasih.

Yup lirik lagu ni memang kena dengan diri aku. Aku tak berani untuk luahkan perasaan pada perempuan yang aku minat. Bukan kerana takut untuk ditolak tetapi kerana takut aku memang tidak layak untuk dia. Bagi orang, jodoh tu boleh dicari di tepi jalan atau media sosial tapi bagi aku jodoh tu sangat-sangat istimewa dan hanya boleh ditemui ditempat tertentu dengan petunjuk dari Allah.

Aku tak nak ikut macam perangai kawan aku bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Aku nak cinta yang menjadi yang pertama dan terakhir. Untuk mencari cinta sejati, perlukan perjalanan yang panjang. Tulang rusuk kiri bergetar saat terjumpa awek cantik di jalanan? Bergetar tu bukan bermakna perempuan itu pemegang tulang rusuk kiri kita yang hilang tetapi kerana nafsu diri sendiri.

Oleh itu, biarlah semua itu hanya Tuhan yang tahu. Cepat atau lambat, jodoh kita pasti akan datang. Seorang anak Adam Allah dah pasangkan dengan seorang Hawa. Kerja Allah jangan kita sibukkan. Berusaha dan bertawakal pada Allah. Allah pon dah janjikan dalam Al-Quran bahawa "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik manakala lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik".

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Insyallah dengan izinNya.

No comments:

Post a Comment