Friday, February 25, 2011

Sukantara Rumah Temenggung n Bendahara


24.02.2011
Sukantara rumah Temenggung n Bendahara di padang SMKBBS pada jam 3.30 hingga 5.30 ptg
rumah Temenggung menang kedatangan terbanyak iaitu sebanyak 172 orang berbanding Bendahara 162 orang,Laksamana 165 orang n Syahbandar 148 orang..
Tahniah Temenggung!!!!!!!








Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMKBBS 2011

Untuk mengenang pengorbanan Rasulullah dalam menyebarkan Islam,Panitia Pendidikan Islam SMKBBS telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung pada 18.Febuari.2011 di sekitar sekolah.Progarm dimulakan dengan perarakan dari kelas2 dan diakhiri dengan ceramah tentang kelahiran Rasulullah oleh Pengawai Pelajaran Negeri Sembilan.Majlis telah dirasmikan oleh pengetua SMKBBS iaitu Tuan Abd. Halim b. Md. Yunus...











`ANDAI RASULULLAH MASIH HIDUP'
Akan ku abadikan diriku hanya untuk mu..
Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah

Program Sehari Bersama IPMa di Smkbbs

Pada tanggal 17.februari.2011,satu program telah diatur oleh pihak MARA N.Sembilan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Jempol Jelebu.Program ini berjalan selama satu hari.Tujuan program ini dibuat adalah untuk mendedahkan pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran di kolej2 Mara selepas SPM serta penyediaan tajaan sama ada dalam negara atau luar negara.Sebanayak 18 buah sekolah telah menghantar wakil untuk mengikuti program ini.SMKBBS telah menjadi tuah rumah bagi program ini.Program ini telah dirasmikan oleh pengawai pelajaran daerah.Antara tetamu terhormat ialah Pengarah Mara N. Sembilan, Pengetua MRSM Serting dan GPK HEM SMKBBS sebagai wakil pengetua..

Antara gambar2 yang dapat diambil>






Terima kasih kepada pihak Mara kerana berjaya membuka minda anak-anak lepasan SPM tentang hala tuju yang boleh mereka pilih sama ada dalam vokasional atau teknik..
Sekian terima kasih

Wednesday, February 16, 2011

Kursus Kepimpinan PRS dan Pustakawan SMKBBS 2011

Assalamualaikum semua...

Hari ni zul nk cite sikit la tentang aktiviti yang zul dan kawan2 lalui semasa mengikuti aktiviti ini...
Untuk pengetahuan semua,kursus ini telah diadakan pada 12.februari.2011 di Kem PLKN De'Bana.Kem ni telah dianjurkan oleh unit PRS dengan kerjasama unit Pustakawan..Penganjuran kem ini telah mendapat sambutan hangat dari ahli2 unit tersebut.Seramai 26 pelajar lelaki manakala 56 pelajar perempuan telah menyertai aktiviti.Tujuan aktiviti ni diadakn adalah untuk mendidik pelajar untuk menjadi pemimpin yang berwibawa sama ada di sekolah atau di luar...
Sememangnya pelajar yang menyertai aktiviti ni sangat beruntung kerana dapat menyertai aktiviti sebegini yang jarang sekali dianjurkan pihak sekolah...
jadi kepada yang terlibat terima kasih kerana berkelakuan baik sepanjang aktivit berlangsung...
cume gambar2 ni sahaja boleh dijadikan kenangan kepada semua pelajar yang kali terakhir mengikuti aktiviti ni... 




rempuh halangan

dh macam askar lak...

guru2 cun lagi bergaya(laki encem la)

my best friend fahmi,jijoi,nami,shamil,shidin

dalam trek `jungle trekking'

kawan2 terbaik ku

kursus terakhir bersama kawan2 ku

xthu nk ckap ap lgi..haha

budak2 poyo

hepy bezday my friends

awek sape la ni???haha

Sampai disini sje yang zul dapat berikan kepada semua pembaca blog zul ni...
mybe next time zul masuk kn gambar2 kursu tahun lepas untuk mengubatti kerinduan pada semua orang
kepada abg amai,abg nas,akak2 yang join kem tahun ni semoga memperoleh kejayaan dalam spm tahun ni
dan kepada kawan2 zul yang akan menduduki spm tahun ni jangan lupe perjuangan kite ni,perjuangan belum selesai lagi selagi spm xdatang menjemput kite...haha
sekian terima kasih

Sunday, February 13, 2011

Kisah Di Sebalik `Valentine Day'





Assalamualaikum semua,

Hari ni zul akan menceritakan serba sedikit tentang kewujudan Hari Kekasih atau dalam bahasa english ye `Valentine Day' yang selalu disambut pada 14.Februari setiap tahun oleh remaja-remaja zaman sekarang.Zul berharap anak-anak muda zaman sekarang sedar apa yang mereka lakukan sekarang

Menurut catatan sejarah,pelbagai kisah diceritakan mengenai asal-usul sambutan hari kekasih ini.Ada yang mengatakan,sebelum abad ke-17 Masihi,masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.Manakala dalam penceritaan lain,hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.
     Antara sejarah lain pula menyebut,Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin.Ini kerana,semasa Claudius II memerintah Rom,beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau,mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang.Namun secara senyap,Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II.Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14.Februari.269 Masihi.
     Pada zaman pertengahan,masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai`hari burung-burung mencari pasangan mereka.'
     Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.
      Ada juga mitos menyebut,kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya,seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
      Islam menyeru seluruh umat Islam,khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikan.Akibat meraikan Hari Kekasih ialah berlakunya maksiat berleluasa dan menggalakkan remaja Islam untuk mengikuti agama kristian dengan menyesongkan mereka melalui aktiviti sosial sebegini.

Sekian Terima Kasih...