Monday, August 28, 2017

KEMBARA KE TENOM, SABAH

Assalammualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk terus hidup dibumi yang barakah demi mencari sedikit bekalan di akhirat kelak. Hari ni nak story pasal lawatan aku ke Pusat Latihan Belia KPD-OISCA di Tenom Sabah. Lawatan ini adalah untuk memantau aktiviti pelajar yang telah pun berada disana selama 2 minggu. Aku pulak dapat pergi sana bermula 19 Ogos sehingga 23 Ogos 2017 je. So tak lama la kat sana.

Ini adalah pengalaman pertama aku ke Sabah dan juga pengalaman pertama ke Pusat Latihan Belia ni. Sudah hampir setahun aku berkhidmat dengan MARA, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk jejakkan kaki ke tempat yang selalu menjadi tempat latihan pelajar OISCA sebelum ke Jepun. Terima kasih MARA-OISCA.


Perjalanan ke Sabah dengan menaiki flight selama 2 jam 30 minit dari KLIA2 ke KK. Dari KK pula, perjalanan untuk ke daerah Tenom mengambil masa selama 3jam lebih dengan menaiki pacuan 4 roda. Kenapa tak naik flight? Oh untuk maklumat semua, untuk ke Tenom memang tak ada flight disediakan so memang kena melalui jalan darat. Sampai saja di KKIA pada jam 1.05ptg, aku telah dijemput oleh seorang staf Pusat Latihan Belia KPD-OISCA iaitu En Sinol Gobou yang juga dikenali sebagai sensei Sinol. Seorang yang peramah walaupon pertama kali jumpa dan dah macam tour guide aku kat sini.

Perjalanan ke Tenom ini akan melalui Banjaran Crocker yang sangat terkenal dengan sejarah dan pemandangan yang cantik. Bagi aku, perjalanan ke Tenom memang sedikit mencabar kerana terpaksa melalui bukit bukau yang sangat tinggi dan jalan raya yang tidak berapa elok kerana terdapat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Sebelum sampai di Tenom, sensei Sinol berhenti di pekan Keningau untuk menjemput seorang staf yang pulang ke kampung.

Alhamdulilah, jam 4.15 ptg aku selamat sampai di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom setelah menempuhi perjalanan yang memenatkan selama 3 jam. Tiba di sana, hati berubah menjadi gembira dan kepenatan mula hilang apabila melihat pemandangan kampung yang sangat bersih, jauh dari kesibukan kota serta mendamaikan. Ibarat berada di dunia yang baru, kat sana memang tak ada bangunan setinggi 50 tingkat walaupun di pekan Tenom. Sangat-sangat berbeza.

Aku diberikan sebuah rumah tetamu memandang aku staff MARA. Layanan pada hari tu sangat berbeza kerana aku di layan sangat baik tidak kira dari tenaga pengajar atau pelajar di sana sendiri sehinggakan aku rasa sangat kekok. Benda pertama yang aku rasa lain adalah waktu di sana. Selalunya jam 6.00 petang masih terang di semenanjung tapi di Sabah, jam 6.00 petang ibarat jam 7.00 malam di semenanjung. So bila dah berubah waktu tu, waktu untuk solat pun berubah la. Solat magrib bermula jam 6.30 petang dan solat isyak pula jam 7.40 malam.

Selain perubahan waktu malam, waktu makan juga berubah bila aku kat sini. Yela selalunya aku makan malam jam 8.00 malam ke atas tapi kat sini, waktu makan aku bersama pelajar pada jam 6.30 petang. Oh lupa nak bagitahu yang kat sini memang ikut budaya Jepun so setiap hari jam 6.00 petang akan ada upacara menurun bendera oleh pelajar sama seperti yang di amalkan di OISCA Center di Jepun. Aku teruskan point ke hari-hari berikutnya memandang aku berada di sana 5 hari so tak kan nak cerita details setiap hari kan. So aku amik sedikit cerita setiap hari.

Rutin harian di sini bermula jam 6.00pagi dengan aktiviti tenko dan taiso (senaman Jepun). Kalau ikutkan, rutin harian ni memang semua kena ikut tidak kira sensei (panggilan untuk cikgu di sini) atau pelajar itu sendiri. Selepas tenko dan taiso, akan ada soji iaitu pembersihan asrama dan kawasan sekitar. Di tempat aku kerja pon ada tapi soji selalunya dibuat selepas waktu kerja. Untuk makluman semua juga, dekat disini memang tidak disediakan cleaner dan semua pembersihan dilakukan pelajar itu sendiri. Selepas soji, pelajar akan menjamu sarapan pagi jam 7.30 pagi yang disediakan oleh pelajar sendiri. Oh terlupa nak bagitahu, semua aktiviti disini memang pelajar yang lakukan sendiri bermula dari soji, memasak dan berkebun dengan bimbingan sensei. So kiranya mereka ini di didik untuk berdikari.

Selepas sarapan, pelajar akan ke kebun untuk memulakan tugasan harian mereka. Bagi pelajar OISCA, mereka telah ditetapkan tugasan yang berlainan setiap hari memandang mereka hanya berada disini selama 2 minggu. Jadi setiap hari mereka akan lakukan tugasan yang berbeza.



Bersambung esok sebab tak larat










No comments:

Post a Comment