Tuesday, March 22, 2011

Kerana Cinta Dan Kasih Sayang


"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)
Keutamaan Cinta Kerana Allah Swt
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟
Maka Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu"
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)
 
Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda:  Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka." Rasulullah SAW bersabda, "Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih."
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, "Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?" Rasul SAW bersabda, "Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Saturday, March 19, 2011

Al-Fatihah

Pada tanggal 18.Mac.2011 bersamaan hari Jumaat,tepat jam 2.30 pagi,zul telah dikejutkan dengan kehilangan seorang insan yang amat zul dan keluarga sayangi iaitu Allahyarham Ibrahim B. Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Lang.Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.Arwah menghembuskan nafas  terakhir di Hospital Besar Seremban setelah dimasukkan ke wad selama 2 hari akibat demam.Apa yang zul tahu penyebab arwah meninggal dunia adalah sesak nafas.Jasad arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Nilai tepat jam 11.30 pagi.
Disini zul nak menceritakan sedikit apa yang zul tahu tentang arwah..Pak lang dilahirkan pada tahun 1949(maaf zul x tahu tarikh penuh).Arwah dibesarkan di Kampung Ayer Hitam dan kemudiannya berkahwin dengan Puan Latipah.Selepas berkahwin,beliau berpindah ke rumah baru yang terletak di Melawati,Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Nilai,Negeri Sembilan.Hasil perkahwinan itu,beliau dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu 2 lelaki dan seorang perempuan.Kesemua anak beliau telah bekerja dan berkahwin dan salah satu anak beliau sekarang bekerja sebagai duta emigresen ke India.Semua anak arwah telah Berjaya dalam kerjaya masing2.Arwah seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat tentang adik2 beliau yang masih hidup.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan dijauhi dari segala azab api neraka dan azab kubur serta ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan solehin  dan semoga Allah mengampunkan segala dosa yang arwah lakukan di dunia ini.Amin Ya Rabbalalamin…

Antara gambar2 kenangan arwah bersama keluarga rapat…
arwah pak lang ngn mak ndak

arwah pak lang ngn pak ndak

arwah pak lang ngn pak ndak,abah n apik

mak lang

along ngn aris

kak zura

angah

Sekian terima kasih

19.03.2011- 8.40 pm


Wednesday, March 16, 2011

Perasmian Masjid Tuanku Muhriz

Pada tanggal15.03.2011,satu majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Luak diadakan yang bertempat di Masjid Tuanku Muhriz,Bandar Seri Jempol.Majlis telah diserikan dengan keberangkatan tiba DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud  serta diiringi dua orang putera baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz. Turut serta dalam majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Serting,Dato' Shamsulkhahar Md. Deli dan isteri.Majlis dimulakan di padang SK Bandar Baru Sering dengan penyampaian titah ucapan DYMM Yang DiPertuan Besar sempena maulidur rasul.Selepas itu,perarakan Tuanku Muhriz bersama rakyat ke Masjid Tuanku Muhriz sambil berselawat keatas Nabi Muhammad.Selesai perarakan,Tuanku Muhriz dan isteri melawat pameran yang dibawa oleh setiap luak yang ada di negeri sembilan...Majlis di akhiri dengan santapan DiRaja selepas solat Isyak dan keberangkatan pulang Tuanku Muhriz dan keluarga ke istana
Tuanku Muhriz

Tuanku Aishah

Tuanku Ali Redhauddin

Tuanku Zain Al-Abidin

























Sekian Terima Kasih

Sunday, March 13, 2011

Sambutan Mini Sukan Sekolah SMKBBS 2011

Assalamualaikum semua..


Zul nak minta maaf sangat2 terlebih dahulu kerana tidak dapat nak update blog sejak berakhirnya acara tersebut.Tetapi zul telah menulis khas untuk anda semua..Jadi teruskan membaca dan menonton gambar
Pada tanggal 10.03.2011,satu mini sukan sekolah SMKBBS telah diadakan di padang sekolah.Acara ni telah diadakan dari pukul 2.00-6.30 ptg.Walaupun pun hujan renyi-renyi,kehadiran pelajar ke padang amat membanggakan tambahan pula dengan kehadiran ibu bapa dan orang ramai.Acara ini telah dirasmikan oleh pengetua SMKBBS iaitu Tuan Abd Halim B. Md Yunus.Terdapat juga beberapa tetamu vip yang terdiri daripada YDP PIBG,Naib YDP,dan AJK PIBG.

Acara dimulakan dengan persembahan perbarisan dari rumah2 sukan yang bertanding.Selain berkawad,ada sesetengah rumah sukan membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu.Rumah sukan pertama membuat persembahan adalah rumah syahbandar.Mereka mempersembahkan tarian 1 Malaysia yang terdiri daripada tarian Melayu,Cina dan India.Selepas itu,rumah temenggung pula membuat persembahan dengan tarian tango yang berasal dari Jepun.Selepas temenggung,rumah bendahara membuat persembahan dengan membuat sketsa yang menarik pelajar untuk menghayatinya.Terakhir adalah persembahan rumah laksamana yang berkonsepkan tahun 2020 yang mempamerkan robot ciptaan manusia sambil menyanyi lagu adam yang bertajuk robot.

Seterusnya acara larian padang yang terdiri daripada 4x100 meter,4x200 meter dan lain2 lagi.Dalam acara ini,rumah temenggung,laksamana,dan bendahara banyak memperoleh kemenangan berbanding rumah syahbandar yang banyak megalami kekalahah.Tetapi rumah laksamana paling menyerlah apabila kebanyakkan tempat pertama dimenangi mereka.Dalam acara ini kita dapat melihat kerjasama antara ahli rumah sukan untuk memenangi acara walaupun hujan sekejap turun sekejap tidak.

Pada petang itu juga telah diadakan acara untuk guru2 rumah sukan.Antara sukan yang dipertandingkan adalah lontar lembing,larian dan lontar peluru.Pada lontar lembing,hanya guru lelaki saje yang menyertai.Cikgu Bakri telah menjadi johan bagi acara itu.Bagi lontar peluru,Cikgu Nazaryah telah menjadi johan dan bagi acara larian,bagi ketegori guru lelaki telah dimenangi oleh pasukan rumah Syahbandar dan bagi ketegori guru perempuan dimenangi oleh oleh rumah bendahara.

Selain itu,acara menghias khemah juga telah berlangsung dengan rancaknya.Ada sesetengah guru telah menghias khemah mereka sejak semalam tetapi kebanyakkan mereka menghias pada waktu pagi sampai sanggup membatalkan kelas dan membawa pelajar mereka ke padang untuk menghias.Acara ini telah dimenangi oleh rumah bendahara tempat pertama,temenggung ke2,laksamana ke3 dan syahbandar ke4.Pelbagai ragam dapat kite lihat semasa acara ini berlangsung.

Acara penutupnya telah dihadiri pengetua.Tuan pengetua telah memberikan ucapan dengan mengatakan selama lebih 20 tahun beliau menjadi guru,beliau tidak pernah melihat persembahan kawad kaki dengan diikuti oleh persembahan tarian dan beliau kata guru2 SMKBBS begitu kreatif.Beliau bangga kerana dapat bertugas di sekolah tersebut.Seterusnya acara penyampaian hadiah kepada pelajar2 yang menang.Tidak terlepas penyampaian hadiah untuk guru2 yang menang.Gelaran olahragawan sekolah telah dimenangi oleh Mohd Fekri dari rumah bendahara dan olahragawati dimenangi oleh Zahirahti dari rumah laksamana.Untuk juara keseluruhan acara,rumah temenggung telah menjadi johan dengan mengalahkan rumah laksamana tempat ke2,syahbandar ke3 dan bendahara ke4.Ahli rumah temenggung tidak menyangka yang temenggung  akan menjadi johan kerana selama acara berlangsung,temenggung selalu mendapat tempat3.Tetapi betullah kata pepatah melayu berpantang sebelum ajal yang menunjukkan pelajar tidak pernah berputus asa untuk mengejar kejayaan.Oleh itu jangan ingat yang kosong itu tidak berisi kerana yang kosong itulah yang paling banyak isinya.

Sekian terima kasih

Wednesday, March 9, 2011

Syaitan Itu Kreatif


alt



Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. 
Saya terkejut. Benarkah ini?
"Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia," jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.
Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan.Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.
Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran...tidak se'dinamik' dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.
Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!
KISAH TIDAK LAMA DULU
Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.
"Mengapa tiba-tiba?" tanya saya.
"Hidayah bang..." jawabnya si dia pendek.
"Bagaimana dengan segalanya?" Risau saya dengan profesyennya.
"Allah ada. Allah akan membantu segalanya."
"Syukur," kata saya perlahan.
Setahun kemudian.
"Lihat ini.." kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
"Betul ke ni?"
"Apa kau ingat ini 'super-impose'?"
Saya terdiam. Kaku.
"Mana pergi tudungnya?"
"Itu.." tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
"Itu tudung?"
"Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat."
"Bertutup tapi terbuka, tahupun..." katanya seakan menyindir.
Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.
"Bang saya insaf bang..."
Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa... dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan.  
Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?
Kini tiba-tiba segalanya semacam 'ditarik' kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan... Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali.
Kata sesetengah yang setuju, biarlah... itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati... Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa.
Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!
Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
"Syaitan terlalu kreatif..." Kreatif? Bisik hati saya.
"Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam... Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah 'grey' – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran."
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja 'was-was' baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.
Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan.Atau peragawati bertudung dengan langkah 'catwalk' dengan dada, 'make-up' galak sambil yang mengundang pesona dan 'aura' dosa. Dan lebih 'daring' lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung... Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah 'grey'? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.
Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
"Tudung wanita itu ada empat... tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati."
Apa ertinya?
"Tudung pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara... jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar..."
"Jangan terlalu ekstrem," tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang 'penghormatannya' (baca betul-betul... bukan 'kehormatan'). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum."
"Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya... tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah," balas saya perlahan.
"Aku tak faham. Maksud kau?"
"Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan."
"Lantas?"
"Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan... tentu ada yang salah dalam penutupannya."
"Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik."
"Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran..."
"Jadi kebenaran menolak keindahan?"
"Keindahan itu satu kebenaran!" balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai 'aksesori' ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai 'fesyen' orang 'baik-baik' dan orang 'cantik-cantik' berbanding syariat wanita yang beriman!
"Hormati, itukan era transisi" kata seorang sahabat seakan memujuk saya.
"Transisi? Apa maksud mu?"
"Sebelum lengkap bertudung... err... maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung."
"Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja... ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?"
Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.
"Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmuMereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelapKemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita..."
"Kau kata mereka tidak ada ilmu?'"
"Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri," kata saya.
"Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?."
"Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata."
"Maksud kau?"
"Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang."
Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara.
Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua.
Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam... menjadi 'malaikat' yang diam? Oh, tidak...
Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit !