Monday, February 18, 2013

Monday, February 4, 2013

Outing With Ukhti..



Assalamualaikum semua..

Pada kali ni zul share sikit pengalaman zul dan kawan-kawan sepanjang cuti 2 hari ni..Untuk pengetahuan semua,aktiviti ini semua kami tak rancang pun..Malah tak terniat pun nak buat semua aktiviti ni..


Aktivti di Gua Tempurung: 

Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga kami menamatkan aktiviti kami di dalam gua ni.First time masuk gua tempurung memang excited sangat-sangat selepas melihat keindahan dalaman gua ni..Kami telah memilih aktiviti 3 yang mana kami kena meredah sungai,lorong tikus dan turun dari bukit..Bercakap tentang turun dari bukit kat dalam gua,kami mula-mula nampak rasa macam susah je sebab keadaan yang curam dan licin tapi selepas melakukannya kami rasa senang je..Bagi meredah sungai pulak,kami terpaksa menyelam dalam air disebabkan keadaan laluan gua yang sempit dan berbatu-batu..Masa zul meredah sungai,seorang kawan zul ni memang nakal.Ada pulak dia tarik kaki dan seluar zul masa dalam air..Nasib baik seluar tak tercabut..Bagi lubang tikus pulak,kami terpaksa menyelusup masuk ke dalam lubang yang kecil itu untuk menuju ke destinasi yang lain..Nasib baik badan zul kecik je so senang la lepaskan diri dari lubang tu..Ada seorang peserta ni,badan dia tak ada la besar mana pun tapi takut-takut nak masuk sebab belakang dia besar sangat..Kami pun tergelak la masa dia nak masuk sebab dia je peserta yang mulut bising..haha






Aktiviti di Ipoh Parade:

Aktiviti ni pun kami tak rancang..Mula-mula kami nak buat aktiviti flying fox kat gua tempurung tapi masa aktiviti tu lambat pulak so kami tukar pula ke aktiviti paintball tapi untuk paintball pulak dah ada orang yang tempah..Sebab tu kami decide nak main boling dekat ipoh parade..Selepas tukar baju,kami terus bergerak sini untuk main boling..Kami telah mengadakan satu perlawanan yang mana setiap group diwakili 3 orang ahli untuk bermain..Group pertama zul,syamir,isyraf dan group yang ke-2 adib,solihin,najmi..Alhamdulillah,kami berjaya menewaskan mereka didalam kedua-dua set..Tapi yang tak bestnya ukhti tak nak main boling lak but she really happy with us..





Pantai Teluk Senangin:

Selepas main boling dekat ipoh parade,kami bergerak pula ke sini..Sebelum kami ke sini,zul dan kawan-kawan singgah dulu kat hostel untuk ambil baju..Kami ke sini sebenarnya nak mandi tapi disebabkan waktu kami sampai dah malam so zul pun tak nak la mandi..Mula-mula kawan zul nak mandi tapi disebabkan  air tak sejuk jadi mereka batalkan niat dia orang..Tak tahu apa aktiviti yang kami nak buat dekat sini jadi kami pun buat la unggun api dengan harapan dapat duduk disekelilingnya..Tapi malangnya disebabkan tak banyak kayu api yang boleh kami bakar so sekejap je unggun api menyala..Masa lama lagi so kami pun ambil keputusan untuk jalan-jalan disepanjang tepi pantai..Di sepanjang perjalanan kami menemui satu lubang yang mana terdapat ketam didalamnya..Mula-mula kami tak berniat nak kacau ketam tu tapi selepas kami kacau satu lubang rasa menarik lak..Yang paling menariknya ukhti terus melompat masa ketam keluar.Tergelak kami semua melihat gelagat ukhti...



Bukit Broga,Semenyih:

oke, selepas kami lepak kat Teluk senangi, secara tibe-tibenye pun adib berkata kat ukhti "kak, jum gerak ke bukit broga?", Paling best ukhti relaks je cakap "oke, tak kesoh" so tanpa sebarang perancangan kami pun bergeraklah ke Bukit Broga *broga hills

Zul yang bawak kereta tu sementara ke selangor tapi sekejap-sekejap tukar dengan Syamir dan Mark.Kami ingat bukit tu kecik je la *like a hill just a hill , Kami datang tanpa sebarang alat bantuan iaitu = makanan dan minuman, zul pun time tu pakai selipar ja :D

so kami pun panjatlah bukit tu dengan ratusan orang yang lain. Duk panjat-panjat barulah kami terfikir sejenak "Ape lancau tinggi bebenor bukit ni?"

tanpa sebarang permikiran yang kritis lagi kreatif kami sebenarnya telah pun sampai ke kaki Gunung Tokwan
iaitu Gunung Tokwan.

jadi dipendekkan cerita, marilah kita bersama-sama melihat gambar masa kami kat Broga Hills :-)

































Saturday, February 2, 2013

Titik-titik hitam dalam diri kita..

Assalamualaikum semua...

Dalam kehidupan seharian kita,tanpa kita sedar atau tidak,kita telah banyak melakukan dosa terhadap Allah.Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan..Zul pun tidak terkecuali dalam hal ini juga..Umat Islam berpegang teguh dengan prinsip "Setiap yang baik akan dibalas syurga,Setiap yang buruk akan dibalas neraka..

Pensyarah zul ada cakap masa dalam kelas hari tu..Cuba anda semua ambil satu kertas kosong sama ada berbentuk petak or hati..Ambil pen hitam dan tandakan titik setiap kali anda melakukan kesalahan diatas kertas itu..Tandakan satu titik setiap kali anda melakukan dosa sama ada meninggalkan solat or mengumpat orang sekeliling anda..Selepas sebulan cube anda lihat berapa banyak dosa yang telah anda lakukan..Pastinya tidak terkira dosa yang telah kita lakukan..

Oleh sebab itulah, Allah tidak melihatkan dosa-dosa yang telah kita lakukan pada jantung dan hati kita..Cuba kita bayangkan jika Allah SWT catatkan dosa kita pada jantung dan hati sama seperti kita  buat titik hitam pada kertas putih yang kita buat..Pastinya jantung kita yang dahulunya cantik dan bersih akan bertukar menjadi hitam dan kotor akibat dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini..Subhanallah betapa besarnya kekuasaan Allah terhadap diri makhlukNya..Betapa pintarnya Allah mengatur perjalanan kehidupan kita..

Cara Allah SWT untuk membersihkan hati seseorang manusia dari dosa ialah dengan memberi dugaan kepada makhlukNya seperti sakit..Cuba anda lihat diri anda selepas anda pulih dari penyakit,anda akan merasa diri anda seperti baru dilahirkan..Rasa badan anda segar dan bersih dari segala masalah..Allah SWT sangat menyayangi diri hambanya..Itulah kelebihan umat Nabi Muhammad..

Oleh itu,kita sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini janganlah melakukan apa dilarang oleh Allah SWT tetapi kita ikut segala suruhanNya..Kita boleh mengelak semua perkara-perkara itu dengan cara mendekatkan diri kita kepada Allah SWT..Jangan masa ada masalah je kita jumpa Allah tapi jika lapang atau senang banyak2 kan lah ibadah kita kepadaNya..

P/S Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini..Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT..Amin..Sekian terima kasih..







Friday, February 1, 2013

Calon MPP Ke 2

Assalamualaikum semua..

Perhatian kepada semua pengundi Pilihan Raya MPP Kolej Profesional Mara Seri Iskandar.

SILA UNDI CALON INI


"Ubah Demi Masa Depan Anda"

Muhammad Syamir Bin Zaidi
SIB 12-07-3548