Tuesday, September 25, 2012

Say Halal Expo 2012








SURAT TERBUKA DARI IBUNDA ..


Teriang-ngiang selalu ucapan Ibundaku :

Anakku sayang, Ingat satu hal dalam hidupmu ..
Ibu tidak butuh anak yang hanya pintar saja.....

Ibu lebih butuh dan sangat butuh anak yang bisa mendo'akan ibu,
yang sering menengok ibu, yang bisa mengingat ibu kala hidup maupun mati ..

Ibu lebih tidak butuh lagi anak yang pintar tapi sombong
Sombong kepada ibu, sombong kepada saudara,
apalagi sombong kepada ALLAH..
Dipanggil ibu tidak menyahut, dipanggil Allah juga tidak nyahut.

Ibu senang kalau melihat anak memegang Al Qur'an, membaca Al Qur'an, dan dekat dengan Al Qur'an.

Kalau nanti ibu meninggal, ibu bangga sekali melihat anak-anak ibu jadi anak-anak yang dekat dengan Al Qur'an, sayang kepada Allah..

Ibu ridha dengan anak yang seperti ini ,
Ibu tidak butuh materi.. Ibu sudah ada Allah.
Tapi ibu butuh kamu.. butuh kamu supaya selamat.
Jadi tidak merepotkan ibu

Dengan selamat saja ibu sudah tidak akan repot.
Di dunia repot dengan polisi,
Di akhirat repot lagi berurusan dengan malaikat Allah.
Astaghfirullah, semoga kita dijauhkan dengan urusan yang demikian.

Kalau ingin sekolah yang tinggi, silahkan
Tapi jangan lupa mengaji. Pentingkan shalat dan mengaji.
Kalo ingin sekolah tinggi, kerja tinggi, usaha tinggi, silahkan..
Tapi shalat nomor satu,
Dengan orang tua sayang, Dengan guru sayang,
Dengan saudara, dan orang-orang yang tidak punya juga sayang

Buat apa tinggi hidup, kalo merendahkan urusan akhirat.
KEJAR AKHIRAT, NANTI DUNIA IKUT ..

Jika kejar dunia, nanti dunia tidak akan dapat, dunia akan habis,
Akhirat juga rugi, tidak dapat apa-apa


Rabbana aatina fid dunyaa hasanah wafil aakhiroti hasanah waqinaa 'adzaabannar ..

Monday, September 24, 2012

From SERI ISKANDAR->IPOH->LUMUT


Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum semua..

Pada kali ni sya nak berkongsi dengan anda semua tentang cuty hujung minggu sya dengan kawan2 sya  di sekitar Ipoh dan Lumut..Pada sya ini adalah overnight prtama sya brsama kawan2 sejak sya masuk kolej ni dan ni adalah pengalaman pertama sya keluar bersama2 kawan2 di Perak…

Walaupun cuty ni tidak dirancang dengan  teratur sebab last minutes tapi bagi aku ni adalah overnight terbaek aku sejak aku dapat kawan2 baru ni..Alhamdulillah,dengan kuasa  Allah swt,sepanjang perjalanan ni kami dilindungi oleh Allah dari segala kemalangan atau bala bencana..

Perjalanan disertai dengan 2 buah kereta iaitu Alza dan Saga..Walaupun sewa agak tinggi tapi kami dah rancang semua itu..Aku,Muaz,Syazwan,Azrai, dan Solihin naek kereta Alza manakala Mark,Syamir dan kawan dia naek kereta Saga..Disebabkan kereta tu atas name aku so im responsible keatas kereta tu..jadi aku xberapa berani nak bagi kawan2 aku drive..yela kalau terjadi sesuatu pada kereta tu pasti aku yang dipersalahkan..

So we start our journey from Seri Iskandar jam 8 malam and sampai EON Pengkalan jam 9.30 mlm..we park our car at level 3..kawan aku yang drive kereta  Saga pergi salah tempat so dia orang lambat sampai walaupun gerak awal dari kita orang..Sampai di sana kami pergi beli tiket wayang dulu sebab takut xsempat nanti..So we choose a story The Possession..Our movie start jam 12.30 mlm so we decide lepak2 kat sekitar pasaraya tu..tapi disebabkan boring kami decide keluar ke Bandar Ipoh untuk jalan2 kat sane sebab mase lambat lagi..

We stop at mosque bcoz we get a request from other car for Isyak prayer..so we stop at Masjid India di pecan Ipoh..at the next mosque have a school which it call St Michell School and start dari situ kawan2 cerita pada hantu kat sekolah tu..Bagi aku hantu xwujub just our bayangan jew so aku amik xtahu jew walaupun minat nak tahu..

After we go to mosque we pegi jalan2 kt sekitar Ipoh and kawan2 aku nak kenakan aku malam tu tapi xmenjadi lak..hehe..Selepas jalan2 tu kami decide balik kat AEON Jelapang sebab time for our movie dah nak start..Nasib baek kami sempat balik untuk wayang kalau xrugi la..

After tengok wayang,kami continue our journey to kedai mamak untuk makan and hisap S****..Agak lame jugak la kami lepak kat kedai mamak tu kira2 sampai kul 2.30 pgi..Pas lepak kami decide lak nak gi Padang Polo or I don’t what the name for that place..Kami lepak2 and amik gambar kat sane..

Selepas lepak kat sane kami xtahu nak gi mana lagi so kami buat satu rakaman tapi xmenjadi lak but I will upload for you..Rakaman ni saje2 jew sebab dah xtahu nak wat ape lagi..We ask our member where we went go after this and we get a idea from Mark..that time is 3am and without thinking we decide go to Lumut..That time I drive bcoz I want know jalan ke Lumut..Start dari Ipoh kawan2 aku semua decide tanggal baju kat dalam kereta sebab panas  tapi lepas jew dari SI semua pakai baju balik sebab hujan mula turun and  sejuk gile..hahahaha…

Sepanjang perjalanan tangan aku mengigil kesejukkan sebab terpaksa on aircond sebab takut kereta berwap..Sepanjang ke Lumut hujan turun dengan lebat and aku drive perlahan jew..Nasib baek ade wan temankan aku kat sebelah aku  supaya aku xmengantuk..Aku cakap kat wan yang aku bau sesuatu yang pelik tapi wan cakap jangan tegur..Nak harap budak laen semua dah tido berdengkur sejak dari Ipoh lagi..
We arrive at Lumut Mosque in 6am and kami sempat solat subuh berjemaah kat sane..After Subuh prayer, we decide continue and find a restaurant for our breakfast and we got it..Masa tu Wan yang drive sebab aku xlarat..Hujan lebat so kami tunggu hujan berhenti dulu..Alhamdulillah  hujan berhenti so kami kami ke Marina Bay untuk tengok laut..First time aku ke sana so rase sangat teruja sangat..Tapi wan de masalah kat sana so dia xnak turun lak..kikikikiki

Abis kat sana kami terus balik SI untuk hantar kereta..Balik tu aku suruh Muaz drive sebab aku dah xlarat..dah orang laen drive jadi aku tido la sepanjang perjalanan tu.. Tapi ade masalah lak dengan budak2 ni..dia owg kacau aku tido lak terutama wan yang sepanjang aku tido dia kacau jew..Alhamdulillah sampai kat SI jam 9pg dengan selamat..Btw thanks pada kawan2 aku sebab buat hidup aku gembira hari tu..I feel sangat gembira sebab dapat kawan2 macam korang..spoting and kamcing sama dengan aku..Sejak kat sekolah aku xpernah keluar malam2 macam tu..

Bagi aku korang adalah family aku kat sini and kawan2 yang paling baek dengan aku..Kutuk2 juga tapi kalau xde aku pasti xade orang ko nak kutuk kn…Aku harap sangat2 pasni kita dapat gi keluar lagi macam tu..Macam2 aku belajar dengan korang semua..Dari bende jahat ke bende yang baek…Dari xpernah buat,aku buat jugak mase tu..Thanks Mark,Syazwan,Solihin,Azrai,Syamir dan Muaz buat hidup aku gembira kat sini..

Sebelum aku tinggalkan korang semua,aku ade sikit gambar untuk share dengan korang semua..Wassalam















Thursday, September 20, 2012

Ratapan Kasih Amarah Ibu

alt

Deraian hujan berguguran deras mengalir membasahi hamparan bumi
Sederas air mataku yang bercucuran meratapi sebuah kepiluan
Mengenang titik noda yang pernah ku coretkan padamu
Kekhilafan yang tidak pernah terlintas untuk direncanakan
Yang sudah pasti ianya lembaran ujian dariMu Ilahi Rabbi
Yang akhirnya membawa seribu pnyesalan yang tidak terperi
Duhai ibu...
Ampunkan kesilapan anakmu ini
Bukan niatku untuk mencipta nista padamu
Walau sekuat mana taufan ujian melanda kita
Kasih kita hanyalah pada yang Satu
Ku percaya pada yang berseru
Kasih anak tidak bertepi, kasih ibu kekal abadi.
Setiap gelombang amarahmu kan ku terima jua
Walaupun sakit namun tetap ku cuba menelannya
Kerana ku tahu ianya berpunca dari kelalaianku juga
Tetapi amarahmu itu melebihi kesalahan kecilku
Terkadang jiwa muda ini mendengus kecewa
Namun perasaan itu harus ku singkir pergi
Kerana ia bakal mengundang murkaNya
Pada Ilahi ku pohon keampunan dan kekuatan
Dalam melewati hari-hari bersamamu ibu.
Ketahuilah ibu
anakmu ini jiwanya juga mudah tersentuh
Setiap amarahmu itu ku benteng dengan kesabaran
Agar aku tidak menjadi si penderhaka Tuhan
Kerana ku tahu betapa pedihnya azabMu Tuhan
Satu pintaku agar kau leburkan api kemarahanmu itu
Kerana cairannya itu bakal merosakkan jiwa-jiwa anakmu
Wahai ibuku...
Syukur kerana tanganmu sempat ku kucup memohon ampun
Syawal ini ku melangkah meninggalkanmu
Setelah seusai Ramadan kita bertemu
Akan ku bawa hati yang pilu ini sejauhnya
Kerana ku bimbang akan mengguris hatimu lagi
Biarlah hati ni pergi mencari sinar kekuatan abadi
Berkalung doa ku panjatkan padamu nanti
Akan ku ratap kasihmu ibu selamanya
Agar dapat ku sisipkan kembali cintamu padaku
Ku akui aku bukanlah yang Solehah padamu
Namun percayalah anakmu ini sedang berusaha menggapainya
Andai ini detik pertemuan Syawal yang terakhir bagi kita
Akan ku abadikan wangian kasihmu dalam dakapan erat imanku
Agar mudah untukku menelusuri perjalanan hisabku nanti
-Ya Allah ampunilah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.-

Antara Dua Jalan

alt


Teringat saya akan satu poem yang pernah dipelajari semasa zaman sekolah menengah dahulu. 'The Road Not Taken'. Bagi saya, poem oleh Robert Frost ini sangat menarik kerana ia mengisahkan antara dua jalan yang perlu dipilih oleh seorang traveler. Dan traveler tersebut memilih jalan yang kurang dipilih oleh orang lain untuk dilalui. Ya, jalan yang bukan menjadi pilihan orang kebanyakan!
Sungguh, walaupun jalan itu jarang dilalui oleh orang lain tapi dia memilih untuk melalui jalan itu. Dan jalan yang dipilih itu telah membawa banyak perubahan dalam hidupnya.
Two roads diverged in a yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Poem ini juga boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Dan kita anologikan traveler itu ialah diri kita sendiri. Cuba bayangkan di hadapan kita terbentang dua jalan. Hanya ada dua jalan yang boleh dipilih. Antara jalan kebenaran dan jalan kebatilan. Dan keputusan untuk melalui jalan yang mana satu terletak di tangan kita.
Persoalannya ialah 'Which road we gonna take? The one more traveled by or the one less traveled by?'
Kita boleh tengok pada hari ini tidak ramai yang memilih untuk berada di jalan kebenaran. Tidak ramai yang memilih untuk berada di jalan dakwah ini. Menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lebih ramai orang yang memilih untuk berada di jalan yang salah. Mereka lebih teruja untuk memilih jalan yang lebih ramai orang melaluinya. Itulah jalan kenikmatan sementara. Mereka lebih memilih keduniaan. Kenapa saya kata begitu?

Marilah sama-sama kita perhatikan sendiri di sekeliling kita, yang mana satu lebih disukai oleh manusia. Bergaul bebas, tidak menutup aurat (ramai yang tutup aurat tapi tidak sempurna), menderhaka pada ibu bapa, zina, membuang bayi ibarat membuang sampah di tepi jalan dan semua perihal berkaitan keduniaan. Itu lebih mereka sukai daripada menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, menutup aurat dengan sempurna dan lain-lain hal berkaitan akhirat. Bagi mereka perihal yang bersangkutan tentang agama, akhirat, iman sangat membosankan!
Mereka lebih mementingkan dunia daripada akhirat. Kadang-kadang bukannya mereka tidak tahu benda itu salah. Mereka tahu tapi buat-buat tidak tahu. Mereka tidak mahu keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka. Mahu segala-galanya indah. Tidak sanggup bersusah payah.
Kerana mereka tahu jalan yang kurang dipilih yakni jalan dakwah ini memang pahit. Banyak pancaroba dan dugaan yang terpaksa ditempuh di sepanjang jalan. Jalan ini memang memerlukan banyak pengorbanan. Berkorban masa. Berkorban harta. Malah berkorban apa sahaja demi memastikan Islam tersebar.
Pengorbanan yang menuntut kesabaran, kecekalan hati dan ketetapan iman. Tapi bagi mereka yang berada di jalan ini, mereka merasa bahagia dengan dugaan yang dihadapi. Walaupun air mata kerap menjadi teman mereka. Mereka masih bahagia. Bahagia kerana mereka tahu Allah sentiasa ada di sisi mereka. Dan mereka percaya dengan ayat-ayat dan janji-janji Allah itu adalah benar!
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukan kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Yaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang mukmin."
(Surah as-Saff ayat 10-13)
Allah telah memberikan khabar gembira kepada orang yang berjihad di jalanNya yakni memberikan ganjaran syurga, mengampuni dosa-dosa dan memberikan pertolongan kepada mereka. Sungguh, Allah ialah sebaik-baik penolong. Sebab itulah mereka masih bahagia walau diuji dengan bermacam-macam dugaan di dunia ini.
Sungguh perjalanan dakwah ini masih panjang. Mungkin kita tidak sempat untuk sampai ke penghujungnya. Tidak mengapa jika kita tidak sempat sampai ke penghujung jalan. Apa yang paling penting, kita sudah berusaha menempuh jalan itu. Jalan menuju ke penghujung itu. Dan dalam menempuh perjalanan itu, kita juga merasa bahagia walaupun belum lagi sampai ke penghujung kerana semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah. Dan disebabkan itulah dikatakan kebahagiaan itu tidak semestinya berada di penghujung jalan tetapi ianya juga berada di sepanjang jalan. 

Justeru, marilah kita menjadi orang yang bijak. Kita semestinya tidak mahu mendapat kebahagiaan di dunia semata-mata bukan? Pastinya kita ingin bahagia di dunia dan juga akhirat. Maka, pilihlah jalan yang betul.
Tidak mengapa jika jalan yang kita pilih itu jarang dilalui oleh orang lain. Tidak mengapa jika hanya segelintir sahaja yang bersama-sama kita. Tidak mengapa. Kuatkan hatimu. Sesungguhnya Allah bersama kita! Yakinlah! Sememangnya Islam itu datangnya dalam keadaaan asing (gharib), maka berbahagialah andai kita juga seakan berada asing di sekeliling kita.
Saya bukanlah sudah terlalu baik apabila bercakap mengenai ini. Pandai-pandai hendak menyuruh orang membuat pilihan. Tapi, buatlah pilihan dengan bijak. Mungkin di dunia ini orang nampak kita sedang rugi. Rugi kerana mensia-siakan masa muda kita dengan urusan dakwah ini. Rugi sebab tidak dapat enjoy dunia remaja. Tapi, sebenarnya orang-orang yang memilih jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai ini sebenarnya sangatlah beruntung. Bersyukurlah kerana Allah memeliharamu daripada melakukan maksiat. ^^
Kesimpulannya, marilah sama-sama kita hayati bingkisan pesanan daripada Imam Hasan Al-Basri. Pesanan ini saya khususkan untuk diri saya sendiri kerana saya tahu saya juga masih punya banyak kelemahan. Kata-kata beliau menjadi pengubat supaya saya tidak berhenti memberi walaupun diri ini sendiri masih punya banyak kelemahan. Doakan saya moga istiqamah di jalan dakwah ini.
"Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian bukanlah bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam mentaati Rabb-nya. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, niscaya tidak akan ada para pemberi nasihat."
Doakan saya moga istiqamah di jalan dakwah ini. Wallahu Ta'ala A'lam

Engkau Inginkan RedhaNya Tapi...


alt

Duhai diri.. ada sedikit pesanan buatmu..
kau kata kau nak cari redha Allah..
Betulkah?
Betulkah kau nak cari redha Allah?
Kalau betul.. kenapa kau tidak serius?
kenapa kau masih bermalas-malas?
kenapa kau masih berlemah-lemah?
kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan?
kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan?
kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh?
kenapa? kenapa dengan hatimu?
Tanya kembali hatimu..
Betulkah kau mahu redha Allah?
Betulkah kau mahu cinta kasih-Nya?
Sekiranya betul.. tunjukkanlah bahawa kau betul-betul mahu.
Jangan sekadar 'mahu' yang keluar di bibir.
Hanya cakap-cakap biasa. Omong kosong.
Tapi buktikanlah 'mahu' itu dengan usaha..
Buktikan dengan tindakan.
kau betul-betul mahu bukan? maka buktikanlah..
Buktikan pada siapa?
Buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla.
Buktikan kesungguhanmu dalam menagih kasih-Nya.
Biar Allah sendiri menyaksikan bahawa kau benar-benar mahukan redha-Nya.
Bila?
Bermula pada detik ini. Saat ini. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi.
Sudah berlalu masa yang panjang dalam kehidupanmu.
Apakah ingin kau teruskan hidup tanpa kesungguhan mencari redhaNya?
Cukuplah.. cukuplah masa lalu yang sia-sia itu.
"Inilah masanya!"
Hayatilah bagaimana Allah 'Azza Wa Jalla memujuk kita untuk serius dalam mencari redha-Nya.
Firman Allah;
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk hati mereka mengingati Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang telah diwahyukan? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik(derhaka)"
(Surah al-Hadid ayat 16)
Tidakkah dirimu memahaminya?
Mengapa kau menangis? Menyesali dirimu?
Sudahlah..
Kesat air mata sesalmu dan mulakan langkahmu.
Bergeraklah mengatur dunia yang sementara ini.
Bergeraklah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Agar dirimu menuju Siratul Mustaqim.
Jalan lurus yang penuh duri dan rintangan.
Jalan lurus yang ditempuh sekalian kekasih-Nya.
Jalan lurus yang membawa ke Syurga-Nya.
Allah yang ingin kita cintai telah menetapkan bahawa itulah jalan yang mesti ditempuh oleh semua kekasih-Nya..
Firman-Nya lagi;
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
(Surah al-Baqarah ayat 214
Bergeraklah.. dan teruskan bergerak.. Biar dirimu menjadi khalifah yang serius mengabdikan diri kepada-Nya. Hanya kepada-Nya
Pada saat hatimu bersuara;
"Aku Hamba Allah yang mahu menjadi Kekasih-Nya."
Maka buktikanlah..
"Ya Allah.. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus itu.. Berilah aku kekuatan dan petunjuk dalam mengusahakan kehidupanku keranaMu.. Agar pengakhiran hidupku beroleh  Rahmat keredhaan daripadaMu.." Amin ya Rabbal 'Alamin...

Engkau Yang Terindah



Kau menciptakan aku dengan limpahan kasih sayangMu. Bergenang air mataku di saat aku melabuhkan tirai hari yang dilalui pabila aku terfikirkanMu. Penat..penat sungguh. Saban hari yang dilalui kadangkala membuat aku tergelincir dari landasanMu. Bukan aku sengaja tapi kadangkala aku pun tidak mengerti akan diriku ini.
Dahulu, aku sekalipun menyedari hakikat kewujudanMu. Namun, kehidupan aku bertuhankan nafsu dan duniawi semata. Aku melewati hari-hariku dengan bahagia dan gembira. Tidak terlintas di fikiranku yang sebenarnya hidupku ini kosong. Kosong dan tidak berisi dengan pengertian hidup yang sebenar-benarnya. Kau berikan kejayaan dan kesenangan silih berganti kepadaku sehingga tidak pernah terlintas di benak fikiranku semua itu datang hanyalah daripadaMu. Aku yang alpa, leka meneruskan hidup ini dengan bertopengkan kebanggaan dan kemegahan. "Dia beruntunglah,budak pandai, semua cikgu kenal" . Kata-kata yang masih terngiang –ngiang di anak telingaku. Aku bersalah padaMu Ya Rabb. Ampunkanlah aku atas segala dosa yang dilakukan oleh tanganku sendiri.
Hari yang sentiasa bersinar mulai mendung. Perbuatanku dahulu dibayar tunai olehNya. Musibah datang silih berganti sehingga hampir meragut keimananku. Aku pernah ingin menamatkan riwayat hidupku dek kerana tidak tahan dengan musibah yang melanda. Atas ehsanMu dan kasih sayangMu yang tidak berbelah bagi pada diriku yang bergelumang dengan noda ini, kau suntik rasa keinsafan, jauh di sudut hatiku.
Aku yang nekad tadi mulai tersedar. Aku khilaf. Sedangkan pemilik nyawaku sendiri berkehendak agar aku teruskan perjuanganku di medan dunia ini, aku pula mengambil keputusan untuk pergi dari dunia ini yang sebenarnya bukan milikku. Betapa keji dan hina diriku ini Ya Allah. Aku mengambil hak dari yang Berhak.
Kasih sayangMu terhadapku yang kerdil ini telah menyebabkan Engkau mencampakkan aku pada suatu tempat yang tidak pernah terduga oleh akalku yang dangkal ini. Tidak ku sangka, sebenarnya tempat inilah yang membuka tirai-tirai lembaran hidupku yang baru iaitu perjalananku dalam kehidupan dengan bertuhankanMu.
Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau kenalkan aku kepada teman-teman yang sangat mencintaiMu. HambaMu iaitu seseorang yang aku gelar Akak, ternyata anugerahMu buat insan yang hina ini. Aku mulai mengikut jejak langkah Akak iaitu kembali kepadaMu sedikit demi sedikit mengikut kudratku ini. Ternyata setelah aku mengenali Akak, barulah aku tahu hidupnya dahulu lebih teruk dari diriku. Kalau aku mengalami perubahan 180 darjah, Akak hampir 360 darjah. Ya Allah, besarnya nikmatMu ini. Aku mulai kagum dengan kebesaranMu.
Di samping Akak, aku punyai teman yang sangat mencintaimu, iaitu A. Berlainan dengan Akak, aku tidak begitu rapat dengan A. Aku banyak mengenali A kerana aku terlibat di dalam satu persatuan bersamanya. Ternyata bukan aku sahaja yang melalui dugaan yang berat, dugaan yang Allah berikan untuk A beribu kali ganda beratnya jika ditimbang tara dengan apa yang dilaluiku. Walaupun begitu, A begitu tabah mengharungi kehidupan yang aku kira sukar dilalui oleh insan biasa lebih-lebih lagi insan sepertiku.
Kini, barulah aku tahu kenapa A begitu tekad dan tabah. A menggantungkan seluruh kehidupannya hanya kepadaMu. Itulah yang tertinggal dalam kehidupanku dulu. Aku tidak menggantungkan seluruh hidupku padaMu. Tekadku untuk berubah semakin terpasak dalam hatiku. Berbekalkan iman yang mungkin lebih nipis dari kulit bawang, ku gagahi jua demi meraih cintaMu. Kehidupanku kini lebih terisi tatkala Engkau yang menjadi matlamatku. Segala kekosonganku kini makin terisi dek limpahan kasih sayangMu buat hambaMu ini.

Aku diduga sekali lagi, berbeza dari sebelumnya. Kali ini Engkau uji cintaku terhadapMu. Kau hadirkan dia yang tidak pernah terlintas dalam hatiku. Aku tidak berapa mengenalinya. Pertemuan pertama dengannya hanyalah di sekolahku, itupun hanya beberapa kali. Pertemuan yang ku anggap biasa dan tidak bermakna.
Engkau hadirkan cinta kepada hambaMu kerana cinta adalah fitrah manusia. Dek kerana cinta itulah dia menyimpan perasaan terhadapku dalam diam. Pertemuan sesingkat itupun berakhir apabila aku meneruskan pengajianku di kolej. Dengan tidak semena-mena, aku terima panggilan telefon darinya. Kaget aku. Seingat aku, aku tidak pernah memberikan nombor telefonku kepadanya mahupun mana-mana arjuna di luar sana terutama yang aku tidak kenali.
"Nombor ini ku dapat daripada seorang kenalanku yang juga kenalanmu", katanya kepadaku.
Ya Allah, jantungku berdegup kencang. Aku sendiri tidak mengerti keadaan diriku ini. Tidak pernah sekalipun peristiwa seumpama ini berlaku dalam sejarah hidupku dulu dan kini. Jarang sekali arjuna menegurku dengan sapaan yang begitu lembut sekali apatah lagi bertanya bolehkah diberikan sedikit ruang dalam hatiku untuk dirinya.
Dari hari ke hari, kami menjadi begitu rapat, bagai magnet yang sukar diputuskan ikatannya. Yang menghairankan aku, kami tidak pernah bersua setelah aku meninggalkan sekolah itu. Berkirim gambar pun tidak. Hanya medium telefon yang menyatukan ikatan kami. Setiap hari dia tidak pernah jemu menelefonku semata-mata untuk mendengar suaraku. Aku juga begitu. Aku semakin tertarik kepadanya dek kerana kata-kata nasihatnya kepadaku setiap hari, bukan kerana pujuk rayu seperti arjuna yang lain. Dialah lelaki pertama yang hadir dalam hidupku dan aku berharap dialah yang terakhir.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa si dia. Kami khilaf. Sekali lagi Allah hadir menyelamatkanku. Aku meminta pandangan Akak dalam hal ini. Teryata aku salah, perhubungan ini dibina dengan cara yang ku kira salah menurut pandangan Akak yang lebih makan garam daripadaku.
Berjurai air mataku malam itu saat aku memikirkan perkara ini. Hanya Engkau yang bisa mengubati perit yang aku rasa ketika itu. Aku gagahi jua berperang dengannya untuk memutuskan ikatan ini. Dek kerana itu, aku telah menanamkan benih kebencian terhadap dirinya. Dia yang sakit hati dengan tindakanku, meluahkan apa yang terbuku di hatinya ketika itu tentang diriku. Aku dianggap perempuan hipokrit, kononnya berselindung di sebalik tirai keinsafan, tetapi hidup penuh dengan kepura-puraan. Tergores hatiku tatkala mendengar cemuhan itu. Cemuhan pertama yang dilemparkan oleh seorang lelaki terhadapku. Biarlah...Biarlah aku sakit dikeji manusia daripada menangggung sakit menduakanMu. Aku tidak sanggup lagi menduakanMu!!!

Masa kian berlalu. Apa yang aku harapkan hanyalah Allah memberikan yang terbaik dalam hidup si dia. Biarlah dia menjadi adam yang sejati dan membimbing hawanya ke jalan yang Engkau redhai meskipun bukan aku hawanya. Ku yakin si dia boleh. Aku yang hina lagi bergelumang dengan dosa, masih bisa meraih pengampunan dan kasih sayangNya pabila aku kembali padaNya, mana mungkin aku tidak bisa memaafkan segala cercaan si dia walaupun tindakannya dulu telah meninggalkan parut di dalam hatiku.
Aku kini kembali berjuang dalam dunia yang penuh ranjau dan duri berpasakkanMu dalam hatiku. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan insan yang menyayangi diriku terutamanya kedua ibu bapaku dan saudara seibu sebapaku, Akak dan A serta mewarnai hidupku dengan menghadirkan si dia untuk menguji sejauh manakah cintaku terhadapMu.
Kau Yang Terindah Di dalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya.....
Ingin sekali ku laungkan....aku sangat mencintaiMu melebihi apapun.