Thursday, September 20, 2012

Program Pembangunan Modal Insan KPMSI 2012

Salam semua...

Hari ni saya nak cerita tentang angkasawan negara kita yang pertama...Saya pilih tajuk ni kerana ia bersempena kedatangan Dato Dr Sheikh Muszaphar ke Kolej Professional Mara Seri Iskandar dalam Program Pembangunan Modal Insan anjuran Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar KPMSI..Ucapan setinggi penghargaan kepada Pengarah KPMSI Tuan Haji Jusoh Omar kerana memberi peluang program ni dijalankan..Tidak dilupakan Pengerusi program merangkap Ketua Biro Kerohanian Abg Saidin yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yg terlibat sama ada pelajar KPMSI,MRSM,KPTM,Sekolah Maahad atas kerjasama yang diberikan..Sekalung tahniah buat semua yang terlibat termasuk semua Ahli MPP KPMSI dan yang lain..




Nama: Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Al Masrie bin Sheikh Mustapha
Tarikh Lahir : 27 Julai 1972
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Keluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.
Status : Berkahwin dengan Dr Halina Mohd Yunos



 Pendidikan


Menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.
Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).



Kerjaya :

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).
Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.
Tempoh Masa di Angkasa : 10 hari, 21 jam, 14 minit 

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment