Thursday, September 20, 2012

Homoseksual dan Lesbian Mengancam Ketamadunan Manusia


KEMELUT seks abnormal  sama ada homoseksual atau lesbian semakin mengancam dunia.  Sejarah menyaksikan manusia pernah ditimpa musibah akibat kegiatan homoseksual seperti mana peristiwa di zaman Nabi Lut dan juga apa yang berlaku di kota Pompei.  Hakikatnya, manusia seringkali leka. Buktinya, hari ini, gejala homoseksual dan lesbian begitu berleluasa di mana ia bukan lagi tertumpu di negara secular, malah merebak ke negara-negara Islam.


Istilah homoseksual merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Bahaya aktiviti homoseksual ialah ia merosakkan kekuatan moral masyarakat.  Ia juga berupaya  membunuh institusi kekeluargaan dan keturunan. Perlakuan homoseksual juga mencerminkan kemunduran pemikiran rakyat. Aktiviti homoseksual  bertanggungjawab atas tersebarnya wabak dan penyakit yang merosakkan ketamadunan manusia itu sendiri.

Islam mengharamkan homoseksual. Hadis riwayat Ibn Abbas: “Siapa saja yang engkau dapatkan mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”. (ditakhrij oleh Abu Dawud 4/158 , Ibn Majah 2/856 , At Turmuzi 4/57 dan Darru Quthni 3/124). Hadis Ibnu Abbas: “Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Lut, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)” (Riwayat Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 No. 7337). Maksud hadis di atas amat jelas menunjukkan pengharaman liwat dan musahaqah di antara seorang perempuan dengan pasangan perempuannya.

PROF. MADYA DATIN DR. SAPORA SIPON
ialah Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


No comments:

Post a Comment