Tuesday, September 6, 2016

Rezeki Yang Tak Terduga


                                                                بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah setelah penantian yang agak lama, aku dapat kerja yang agak baik. Allah murahkan rezeki aku dan memberikan segala apa yang aku doa serta hajatkan selama ni. Bukan mudah untuk kita mendapatkan apa yang kita impikan tetapi saat kite berusaha keras untuk mendapatkannya, jangan kite lupa untuk bersujud dan menadah tangan memohon dari Yang Maha Esa.

Penantian itu satu penyiksaan kerana ia kadang2 tidak akan berakhir dengan satu kegembiraan. Di saat rakan-rakan sedang selesa melanjutkan pelajaran dan berbelanja dengan wang pinjaman PTPTN serta MARA, aku masih tercari-cari ruang kerja untuk masa depan aku. Aku tak boleh ego dengan mengikut jejak langkah kawanku kerana aku perlu bermula sekarang demi hidup yang selesa. Biarlah adik aku saja yang melanjutkan pelajaran tahun ni.

Pelbagai tempat aku pergi dan berpuluh2 temuduga aku hadir tetapi ujian Allah pada aku sangat berat. Dengan kelayakan aku yang tak seberapa ni serta tiada pengalaman kerja, siapalah yang nak amik aku kerja. Mungkin kawan2 aku akan rasakan pengalaman begini juga selepas tamat belajar. 

Alhamdulillah pada umur aku 22 tahun, aku masih tidak menanggung sebarang hutang. Hidup sebagai orang yang bebas hutang adalah satu keseronokkan. Bagi kawan aku, mereka perlu membayar hutang setelah tamat degree dalam masa sama perlu mencari kerja untuk menyara hidup. Aku terpikir jika aku tak cari kerja sekarang, apa akan terjadi pada aku lagi 5 ke 10 tahun akan datang? Adakah masih merempat dalam mencari kerja.

Apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Kita tak boleh jangka ape yang Allah nak beri pada kita. Jangan kita mendesak Allah untuk tunaikan permintaan kita kerana hanya Allah yang tahu masa sesuai untuk Dia memakbulkan doa kita. 

Maka 5 September 2016, bermulalah alam pekerjaan aku yang sebenar.

No comments:

Post a Comment