Thursday, January 31, 2013

Imam Adalah Tanggungjawab Yang Besar

Assalamualaikum semua pembaca yang setia...

Malam ni zul ada satu cerita menarik yang boleh dijadikan pedoman untuk sesiapa yang ingin menjadi imam didalam sesuatu solat..Imam adalah ketua dalam solat..Ingatttttt

Yang pertama masa solat magrib berjemaah dekat surau kolej malam tadi, zul amat terkejut apabila bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan imam salah sebutan.Pada pengetahuan zul,surah Al-Fatihah adalah antara rukun solat yang WAJIB kita lakukan.Tapi kalau sebutan imam pun salah macam mana solat nak sah.Imam adalah ketua dalam solat berjemaah.Jika solat imam tidak sempurna maka solat jemaah juga tidak sempurna.Zul tidak kisah dengan bacaan surah yang lain sebab yang surah lain adalah sunat.Untuk pengetahuan semua,peserta yang ingin menyertai imam muda hanya diminta baca surau Al-Fatihah je sebelum ke peringkat seterusnya..Kita boleh lihat betapa pentingnya surah itu dalam solat kita..

Yang kedua membuatkan zul rasa macam solat itu dipermainkan..Ye lah kita sebagai imam kena menunjukkan adab yang baik semasa berdoa..Ini tidak semasa doa dibacakan laju semacam je imam baca.Ntah apa yang dikejarkan imam itu pun zul tak tahu.Dah la baca laju pastu sebutan salah jugak..Macam mana Allah nak makbulkan doa hambanya jika kita tidak boleh meluangkan banyak masa untuk berdoa kepadaNya..Cuba kita sebut perlahan-lahan agar makmum yang lain dapat dengar dan juga mengamin doa itu..Ini tidak kalau baca doa laju-laju sampai makmum tak dengar sebutan sapa yang nak amin kan..

Yang ketiga zul heran sangat macam mana orang yang tak layak jadi imam boleh naik jadi imam..Kalau nak jadi imam masjid negara pun kena melalui ujian yang ketat,ini kan pula imam yang biasa..Jemaah adalah tanggungjawab imam..Jangan ingat imam itu hanya untuk mendapat populariti tetapi imam itu adalah ketua dalam pertemuan kita dengan Allah SWT..Sebab itu lah zul menolak jika ada yang suruh zul jadi imam sebab tahu kemampuan diri zul dan zul tak bersedia lagi untuk menjadi ketua dalam solat..Jika ada yang lebih berhak jadi imam maka hukumnya makruh jika menolak..

Post ni bukan untuk mengutuk orang tetapi hanya teguran dan pandangan yang dapat zul bagi..Bukan untuk mengaibkan orang atau apa2 tapi bagi zul sebagai seorang Islam dan juga makmum dalam solat itu zul juga berhak untuk menegur kesalahan imam itu..Adakah anda mahu solat anda menjadi sia-sia hanya kerana kesalahan imam sahaja? Pilih imam ini sama juga macam memilih suami bagi perempuan..Jika suami itu baik maka syurga lah tempatnya tetapi jika suami tidak baik maka neraka lah tempatnya..Begitu juga benih yang akan lahir dari seorang suami..Jika baik suami maka baiklah seluruh keturunannya..

P/S Jangan terasa hati tetapi jadi kan ia sebagai iktibar..Jangan ingat kita dah hidup lama maka sudah sempurna solat kita..Cari jalan untuk perbetulkan apa yang salah..Sekian terima kasih..Wassalam











2 comments:

  1. Aku hanya menjalankan tugas aku sebagai seorang ISLAM sahaja..Jika salah aku tegur dan jika aku salah sila lah tegur..Jangan ingat kita mahu jawatan jika kita tegur tetapi ingat kata2 Rasulullah dahulu..Akan datang satu hari yang mana Islam itu telah berpisah..Ada yang betul tetapi ada juga yang sesat..

    ReplyDelete