Thursday, January 31, 2013

Kempen!! Kempen!!!

Assalamualaikum semua..

Petang ni zul ni tulis tentang kempen Pilihan Raya MPP Kolej Profesional Mara Seri Iskandar sesi 2013-2014..Untuk pengetahuan semua pembaca,kempen untuk pemilihan ini telah bermula sejak 29/01/2013 lagi yang mana calon-calon dikehendaki menampal poster sebagai syarat untuk bertanding dalam pemilihan ni..Berbicara tentang tampal menampal poster ni kn,zul ade teringat satu cerita dari seorang rakan yang juga mantan mpp..

Sebenarnya akak ni tidak berniat untuk bertanding tetapi namanya telah tersenarai dalam pencalonan oleh pensyarah-pensyarah..Akak ni cakap dalam hati dia memang tak terdetik untuk bertanding tetapi disebabkan telah tersenarai dia pun terpaksa la bertanding..Untuk pengetahuan semua,akak ni hanya menampal satu poster je dan hanya tampal di satu tempat je..Ye lah hanya untuk mencukupkan syarat bertanding je..Yang peliknya walaupun tampal satu poster je akak ni boleh menang lak..Maybe sebab dia ramai secret admire kot..hahaha!!! Mungkin ini rezeki dia dan tanggungjawab yang diberi oleh Allah untuk dijalankan...Dan ada juga yang siap buat banner tapi kalah juga..Maybe sebab terlalu popular sehingga pelajar tak suka dengannya..Walaupun tak suka jangan la sampai conteng poster dan banner orang tu..Dia bertanding dengan niat baik untuk merubah sesuatu..Mungkin bukan luck dia kot..

Berbalik kepada kempen untuk tahun 2013 ni, buat masa sekarang sudah ramai calon yang telah menaikkan poster masing dimerata-rata tempat sama ada di kafeteria atau pondok-pondok yang terdapat di kolej ini..Zul respect dengan calon-calon mpp ni kerana berani naikkan gambar dia orang untuk bertanding walaupun terpaksa tanggung malu jika ada yang mengumpat tentangnya..Bagi zul sebagai seorang penulis blog,jika kita buat sesuatu itu dengan baik maka baik kita go on saja dengan niat kita itu..Nak jadi seorang pemimpin tak boleh ada rasa malu sebab jika mereka menjadi pemimpin kelak mereka harus bertemu dengan ramai orang dan ragam-ragam orang sekeliling..

Lastly,zul nak ucap gud luck kepada semua calon-calon MPP 2013  yang bertanding..Jika anda yakin manisfesto yang anda bawa boleh merubah segalanya,maka YAKINLAH pada diri anda..Dalam anda berkempen jangan lupa pula suruhan Allah seperti solat 5 waktu..Solat itu tiang agama...Kalau pemimpin tak solat macam mana nak ajak orang ke jalan yang lurus??Pikir-pikirkan soalan zul itu..Sampai sini saja untuk entry zul pada petang ni..Sekian terima kasih..Wassalam..Ahlan Ya Wasahlan..



No comments:

Post a Comment