Sunday, August 21, 2011

Puasa Oh Puasa...dugaan besar

Assalamualaikum semua,

Dah 2 bulan zul xupdate blog,Zul rindu sangat2 kat korang semua.Sebelum tu zul nak ucapkan Salam Ramadan buat keluarga,rakan2 dan tidak lupa juga pada abang Shafiq yang berada Mesir dan rakan blog zul yang berada di Osaka,Jepun.Pada bulan ramadan yang mulia ini,zul ingin memohon maaf sekiranya ada perlakuan atau percakapan zul yang membuatkan korang terasa hati dengan zul sepanjang perkenalan kita selama ini.Zul berharap korang dapat memaafkan dosa zul.Sebelum ramadan tiba,alhamdulillah Allah telah memberi peluang kepada zul untuk melawat pusara bonda zul yang tersayang.Sudah 6 tahun mak meninggalkan kita orang semua dan tak sangka masa berlalu dengan cepat.Zul rasa rindu sangat2 pada mak bila teringat kenangan berbuka puasa bersama mak dan semua family.Kalau puasa pertama memang kecoh satu rumah kerana semua ada kat rumah tapi itu semua 6 tahun lalu.Masa berubah memang cepat tanpa di sangka.Pada hari ni zul nak bercerita tentang peristiwa2 yang berlaku diseliling zul pada bulan ramadan yang mulia ni.Harap korang dapat ambil iktibar dari apa telah berlaku pada zul sepanjang puasa ni.Macam2 dugaan yang terpaksa zul lalui pada bulan ramadan tahun ni.Alhamdulillah, Allah telah memberi kekuatan pada zul untuk terus bersabar dan terus beristiqamah padaNya..Di sini zul cuma boleh ceritakan yang mana pada puasa yang ke-4,zul telah dicaci/di kutuk di depan rakan zul pelajar lain oleh seorang pelajar kelas zul semasa perhimpunan.Zul tak tahu la kenapa dia begitu membenci zul sehingga sanggup memalukan diri orang.Pada pagi itu,hati zul begitu tersentuh dengan sikap dia yang menganggap dia begitu sempurna.Tapi dengan kekuatan yang diberi oleh Tuhan,zul dapat tahan sabar walaupun selepas balik kelas zul menangis.Pada masa tu,zul memang tersentuh sangat2 dengan kata-katanya.Zul katakan pada diri zul masa tu maybe ni adalah ujian Allah pada awal bulan ramadan.Zul bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan yang begitu mengambil berat tentang diri zul walaupun zul tak ceritakan pada dia.Bagi zul,semua rakan zul telah dianggap sebagai keluarga.Zul tak tahu la dengan perangai dia kerana kadang kala dia baik kadang kala di jahat.Masa tak ada rakan datang cari kita tapi bila ada rakan kutuk kita…Maybe dia tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.Masa nak pergi bengkel lanskap,air mata zul still tak henti-henti.Pada zul,biarlah kita saje yang simpan rahsia ni walaupun ada rakan yang mahu zul kongsi cerita dengan dia orang.Zul sebenarnya bukan tak berani nak lawan dia tapi zul telah didik oleh agama sejak kecil lagi bahawa berdendam adalah tidak baik.Bagi zul walaupun orang berdendam dengan kita,kita seharusnya berdendam dengan dia juga kerana semua hati manusia boleh dilembutkan.Zul ada terbaca satu ayat Al-Quran yang menyatakan “bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat”.Setiap kali lepas solat,zul sentiasa berdoa pada Allah agar semua rakan2 zul dimaafkan dosa mereka oleh Allah kerana tidak ada manusia yang hidup terlepas dari melakukan dosa.Pada bulan puasa ni zul nak bagi sedikit nasihat iaitu banyaklah beribadat untuk mencari pahala bukan mencari dosa kerana syaitan telah diikat oleh Allah dan bulan puasa nilah masa yang sesuai untuk kita membersihkan dan mensucikan diri kita dari dosa.Jika kita ada buat salah pada rakan kita,kita haruslah memohan maaf kepada mereka agar puasa kita diberkati oleh Allah dan ibadat kita diterima.Pada bulan puasa terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar dan kejarlah malam ni kerana sesiapa yang menjumpai malam ni adalah orang yang paling beruntung…Semoga anda mendapat keberkatan dari Allah s.w.t 

1 comment: