Sunday, February 13, 2011

Kisah Di Sebalik `Valentine Day'





Assalamualaikum semua,

Hari ni zul akan menceritakan serba sedikit tentang kewujudan Hari Kekasih atau dalam bahasa english ye `Valentine Day' yang selalu disambut pada 14.Februari setiap tahun oleh remaja-remaja zaman sekarang.Zul berharap anak-anak muda zaman sekarang sedar apa yang mereka lakukan sekarang

Menurut catatan sejarah,pelbagai kisah diceritakan mengenai asal-usul sambutan hari kekasih ini.Ada yang mengatakan,sebelum abad ke-17 Masihi,masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.Manakala dalam penceritaan lain,hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.
     Antara sejarah lain pula menyebut,Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin.Ini kerana,semasa Claudius II memerintah Rom,beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau,mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang.Namun secara senyap,Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II.Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14.Februari.269 Masihi.
     Pada zaman pertengahan,masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai`hari burung-burung mencari pasangan mereka.'
     Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.
      Ada juga mitos menyebut,kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya,seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
      Islam menyeru seluruh umat Islam,khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikan.Akibat meraikan Hari Kekasih ialah berlakunya maksiat berleluasa dan menggalakkan remaja Islam untuk mengikuti agama kristian dengan menyesongkan mereka melalui aktiviti sosial sebegini.

Sekian Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment