Monday, May 28, 2012

Pengubat Jiwa Kosong

Tatkala jiwa menjadi kosong , rawatlah ia dengan zikir di hati.
Tatkala jiwa menjadi kosong , penuhi al-Qur'an di lubuk sanubari.
Tatkala jiwa menjadi kosong , berlarilah kepada Ilahi.
Tatkala jiwa menjadi kosong , ingatlah diri kepada mati.

Kerana jiwa yang kosong itu permulaan bagi hati yang mati.
Kerana jiwa yang kosong itu puncanya hati berbelah bahagi.
Kerana jiwa yang kosong itu sumber lalainya hati.

Rawatlah hati , gilaplah iman , Insya'ALLAH, hati bakal subur kembali.

Sunday, May 27, 2012

Doa Solat Dhuha- doa yang indah

Salam semua..hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua yg beragama ISLAM mendengarkan doa Dhuha.. Pada hari Sabtu lepas bersamaan 25/05/2012, hati saya telah tersentuh dengan doa dhuha yang indah ni selepas abang saya memperdengarkan doa ini kepada saya..Saya seperti terpukau dengan doa ni yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid UNIC.. Saya sebagai hamba Allah apabila mendengar doa ni, hati saya sangat tenang dan sangat rugi kerana selama ni saya tidak mengerjakan solat sunat Dhuha.. Oleh itu,saya ingin berkongsi dengan anda keindahan ayat2 Allah ni..Ini saya kirim doa serta bibit2 lagu kumpulan UNIC ni..Semoga anda terhibur dengan doa dhuha ni


Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh


Saya berharap dengan perkongsian informasi agama ni dapat memberikan anda manfaat atas segala kejadian yang Allah SWT jadikan.. Sesungguhnya segala perkara yang di cipta oleh Allah SWT itu pasti ada hikmahnya.. Masih belum terlambat untuk kita berubah ke jalan Allah selagi kita berniat kepadaNYA..Sekian terima kasih