Monday, August 28, 2017

KEMBARA KE TENOM, SABAH

Assalammualaikum

Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk terus hidup dibumi yang barakah demi mencari sedikit bekalan di akhirat kelak. Hari ni nak story pasal lawatan aku ke Pusat Latihan Belia KPD-OISCA di Tenom Sabah. Lawatan ini adalah untuk memantau aktiviti pelajar yang telah pun berada disana selama 2 minggu. Aku pulak dapat pergi sana bermula 19 Ogos sehingga 23 Ogos 2017 je. So tak lama la kat sana.

Ini adalah pengalaman pertama aku ke Sabah dan juga pengalaman pertama ke Pusat Latihan Belia ni. Sudah hampir setahun aku berkhidmat dengan MARA, Alhamdulillah aku diberi peluang untuk jejakkan kaki ke tempat yang selalu menjadi tempat latihan pelajar OISCA sebelum ke Jepun. Terima kasih MARA-OISCA.


Perjalanan ke Sabah dengan menaiki flight selama 2 jam 30 minit dari KLIA2 ke KK. Dari KK pula, perjalanan untuk ke daerah Tenom mengambil masa selama 3jam lebih dengan menaiki pacuan 4 roda. Kenapa tak naik flight? Oh untuk maklumat semua, untuk ke Tenom memang tak ada flight disediakan so memang kena melalui jalan darat. Sampai saja di KKIA pada jam 1.05ptg, aku telah dijemput oleh seorang staf Pusat Latihan Belia KPD-OISCA iaitu En Sinol Gobou yang juga dikenali sebagai sensei Sinol. Seorang yang peramah walaupon pertama kali jumpa dan dah macam tour guide aku kat sini.

Perjalanan ke Tenom ini akan melalui Banjaran Crocker yang sangat terkenal dengan sejarah dan pemandangan yang cantik. Bagi aku, perjalanan ke Tenom memang sedikit mencabar kerana terpaksa melalui bukit bukau yang sangat tinggi dan jalan raya yang tidak berapa elok kerana terdapat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Sebelum sampai di Tenom, sensei Sinol berhenti di pekan Keningau untuk menjemput seorang staf yang pulang ke kampung.

Alhamdulilah, jam 4.15 ptg aku selamat sampai di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom setelah menempuhi perjalanan yang memenatkan selama 3 jam. Tiba di sana, hati berubah menjadi gembira dan kepenatan mula hilang apabila melihat pemandangan kampung yang sangat bersih, jauh dari kesibukan kota serta mendamaikan. Ibarat berada di dunia yang baru, kat sana memang tak ada bangunan setinggi 50 tingkat walaupun di pekan Tenom. Sangat-sangat berbeza.

Aku diberikan sebuah rumah tetamu memandang aku staff MARA. Layanan pada hari tu sangat berbeza kerana aku di layan sangat baik tidak kira dari tenaga pengajar atau pelajar di sana sendiri sehinggakan aku rasa sangat kekok. Benda pertama yang aku rasa lain adalah waktu di sana. Selalunya jam 6.00 petang masih terang di semenanjung tapi di Sabah, jam 6.00 petang ibarat jam 7.00 malam di semenanjung. So bila dah berubah waktu tu, waktu untuk solat pun berubah la. Solat magrib bermula jam 6.30 petang dan solat isyak pula jam 7.40 malam.

Selain perubahan waktu malam, waktu makan juga berubah bila aku kat sini. Yela selalunya aku makan malam jam 8.00 malam ke atas tapi kat sini, waktu makan aku bersama pelajar pada jam 6.30 petang. Oh lupa nak bagitahu yang kat sini memang ikut budaya Jepun so setiap hari jam 6.00 petang akan ada upacara menurun bendera oleh pelajar sama seperti yang di amalkan di OISCA Center di Jepun. Aku teruskan point ke hari-hari berikutnya memandang aku berada di sana 5 hari so tak kan nak cerita details setiap hari kan. So aku amik sedikit cerita setiap hari.

Rutin harian di sini bermula jam 6.00pagi dengan aktiviti tenko dan taiso (senaman Jepun). Kalau ikutkan, rutin harian ni memang semua kena ikut tidak kira sensei (panggilan untuk cikgu di sini) atau pelajar itu sendiri. Selepas tenko dan taiso, akan ada soji iaitu pembersihan asrama dan kawasan sekitar. Di tempat aku kerja pon ada tapi soji selalunya dibuat selepas waktu kerja. Untuk makluman semua juga, dekat disini memang tidak disediakan cleaner dan semua pembersihan dilakukan pelajar itu sendiri. Selepas soji, pelajar akan menjamu sarapan pagi jam 7.30 pagi yang disediakan oleh pelajar sendiri. Oh terlupa nak bagitahu, semua aktiviti disini memang pelajar yang lakukan sendiri bermula dari soji, memasak dan berkebun dengan bimbingan sensei. So kiranya mereka ini di didik untuk berdikari.

Selepas sarapan, pelajar akan ke kebun untuk memulakan tugasan harian mereka. Bagi pelajar OISCA, mereka telah ditetapkan tugasan yang berlainan setiap hari memandang mereka hanya berada disini selama 2 minggu. Jadi setiap hari mereka akan lakukan tugasan yang berbeza.



Bersambung esok sebab tak larat










Monday, July 31, 2017

MENCARI KEREDHAAN ALLAH

Assalamualaikum geng,

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah Taala redha bagi kamu tiga perkara dan benci bagi kamu tiga perkara. Maka Dia redha bagi kamu untuk beribadat kepadaNya,kamu tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pon, kamu berpegang teguh dengan tali Allah semuanya dan tidak berpecah belah. Dia benci bagi kamu yang banyak menukilkan dan berkata-kata, banyak bertanya dan membazirkan harta"

Abu Hassan Ali al-Nadwi berkata "Keimanan ialah sekolah yang mendidik akhlak dan jiwa yang menghasilkan ketinggian akhlak dalam bentuk kehendak yang kuat, jiwa yang teguh, melakukan muhasabah ke atasnya dan menginsafinya,. Ia adalah faktor pengawasan yang kuat untuk menghindari penyelewengan akhlak dan budi yang rendah, yang apabila dorongan kebinatangan menguasai diri manusia sehingga manusia tergelincir dan tidak dapat kawal undang-undang.

Pujangga berkata "Hati-hati jangan sesekali melukai perasaan seseorang dan kelompok.Jadikan lisan itu lurus, bicaranya baik, kata-katanya egar dan isi percakapannya terjaga daripada hal-hal buruk"

Pujangga berkata "Hidup ini sangat singkat maka jangan anda pendekkan dengan berasa takut.Mencari kawan itu susah, maka jangan membuatnya menyesal dengan menghinanya. Sedangkan musuh itu banyak sekali dan jangan menambah jumlah mereka dengan akhlak yang buruk"

Petikan dari buku Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan nukilan Dato Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga bermanfaat dan berjumpa di lain masa. Insyallah dengan izinNya.


HANYA TUHAN YANG TAHU

Assalammualaikum geng

Malam ini just nak sharing satu tajuk yang sedikit menarik. Bila bercakap tentang jodoh, ramai yang suka mencari dari menanti. Tidak kira lelaki atau perempuan, kesempurnaan adalah menjadi keutamaan untuk menjadi pendamping seumur hidup tapi bagi aku cukup sekadar dia sudi menjadi isteri, ibu dan menantu yang baik untuk hidup aku. Bohonglah kalau kata aku tak minat yang cantik tapi kita kena faham bahawa jodoh kita telah ditetapkan di luh mahfuz lagi.

Jom dengarkan lirik dari group UNIC ni.

Ku pendamkan perasaan ini, 
Ku rahsiakan rasa hati ini,
Melindungkan kasih yang berputik,
Terselindung di dasar hati.

Ku pohonkan petunjuk Illahi,
Hadirkanlah insan yang sejati,
Menemani kesepian ini,
Mendamaikan sekeping hati.

Oh Tuhanku,
Berikanlah ketenangan abadi,
Untukku menghadapi,
Resahnya hati ini,
Mendambakan kasih,
Insan yang ku sayang.

Dihati ini hanya Tuhan yang tahu,
Dihati ini aku rindu padamu,
Tulus sanubari menanti hadirmu,
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan
Adat dan syariat menguji kekuatan,
Keteguhan iman,
Insan yang berkasih.

Yup lirik lagu ni memang kena dengan diri aku. Aku tak berani untuk luahkan perasaan pada perempuan yang aku minat. Bukan kerana takut untuk ditolak tetapi kerana takut aku memang tidak layak untuk dia. Bagi orang, jodoh tu boleh dicari di tepi jalan atau media sosial tapi bagi aku jodoh tu sangat-sangat istimewa dan hanya boleh ditemui ditempat tertentu dengan petunjuk dari Allah.

Aku tak nak ikut macam perangai kawan aku bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Aku nak cinta yang menjadi yang pertama dan terakhir. Untuk mencari cinta sejati, perlukan perjalanan yang panjang. Tulang rusuk kiri bergetar saat terjumpa awek cantik di jalanan? Bergetar tu bukan bermakna perempuan itu pemegang tulang rusuk kiri kita yang hilang tetapi kerana nafsu diri sendiri.

Oleh itu, biarlah semua itu hanya Tuhan yang tahu. Cepat atau lambat, jodoh kita pasti akan datang. Seorang anak Adam Allah dah pasangkan dengan seorang Hawa. Kerja Allah jangan kita sibukkan. Berusaha dan bertawakal pada Allah. Allah pon dah janjikan dalam Al-Quran bahawa "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik manakala lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik".

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Insyallah dengan izinNya.

Thursday, July 27, 2017

IKHLAS KE TIDAK?

Assalammualaikum geng

Terasa rajin pulak asyik nak update blog je. Mungkin sebab tak ada kawan untuk diluahkan cerita-cerita ni so aku borak dalam blog ni je. Kalau ada kawan pun bukan boleh dipercayai sebab dah jumpa banyak yang bile kita story then dia heboh kat kawan lain. Katanya hanya lawak untuk kenakan aku.

Tajuk "Ikhlas ke tidak" aku ambil sebab dari pengalaman aku melihat banyak karenah yang orang sekeliling yang lakukan perkara tanpa keikhlasan dek kerana keterpaksaan. Bila cakap ikhlas ni, benda tu mesti datang dari dalaman bukan dari luaran. Bila dalam kata tak ikhlas tetapi luaran tetap nak buat, tu bukan ikhlas tapi terpaksa.

Ikhlas ini berkait rapat dengan hidup kita. Contohnya dalam kita mengerjakan suruhan Allah iaitu solat 5 waktu setiap hari, adakah kita melakukan ia secara ikhlas atau kerana terpaksa? Kalau ia dilakukan secara ikhlas, maka orang yang melakukannya mendapat pahala tetapi jika melakukan kerana terpaksa maka amalannya hanya sia-sia.

Begitu juga dengan kerja yang kawan-kawan kita minta tolong. Contohnya kita minta tolong kawan-kawan ambilkan barang padahal kita boleh je ambil sendiri tapi kawan yang lakukan kerja tu buat kerja sambil cakap belakang. adakah itu ikhlas? Kalau rasa tak ikhlas, cakap dari awal agar kita tidak berdosa kerana mengumpat belakang. Kalau ikhlas, buat kerja dengan senyap tanpa ada komen dan tak perlu ungkit kembali setelah kerja selesai.

Kalau kita solat tanpa keikhlasan dan selepas itu kite mengeluh penat la solat 5 waktu ni, adakah kita dapat pahala? Begitu juga dalam kita membantu kawan yang dalam kesusahan, selepas kita bantu dan kita mengeluh dan mengumpat pekerjaan yang minta kita lakukan, adakah dapat pahala?

Semua ini bergantung pada diri sendiri. Kalau buat kerja penat pastu mengeluh, siapa yang rugi? Tepuk dada tanya iman.

Semoga berjumpa lagi. Terima kasih

AKU DAN SUKAN

Assalammualaikum geng.


Malam ni nak coret sikit jela dan harap tak panjang la. Aku pilih tajuk "Aku dan Sukan" untuk menterjemahkan diri aku dengan sukan di sekeliling aku. Jujur aku katakan, aku bukanlah kaki sukan dan bukanlah kaki clubbing. So aku memang jarang main sukan kat kolej.

Waktu belajar dulu pon, aku aktif main badminton since aku ahli kelab badminton kolej. Sebenarnya banyak sukan yang aku pernah main tapi hanya sekali dua saja la. Contoh sukan bola tampar, aku main masa aku ada program kat luar kolej. Main saja-saja dengan budak-budak kolej lain tapi aku tahu la basic main bola tampar. 

Sukan bola keranjang pulak aku main masa dengan geng-geng dengan senior kat kolej dulu. Masa tu aku semester 1 ke 2. Kite orang main waktu malam sebab gelanggang bola keranjang juga digunakan sebagai gelanggang futsal pada waktu petang. Oleh kerana malam, tak selalu juga turun main sebab busy dengan assignment. Even jarang turun tapi basic aku tahu dan peraturan aku faham (sekarang dah lupe sikit). 

Sukan futsal pulak aku main sebab budak rumah aku dulu ramai kaki futsal tapi sekali dua je aku main. Waktu tu aku dah semester 4 sebab tu aku dok luar (kena tendang dari asrama). Futsal dia orang main waktu petang so kadang-kadang aku datang tengok je (macam tipu je). Aku ni jenis pemalu (memang pemalu) so bila main futsal luar dari kawasan kolej, budak rumah aku akan main dengan senior dan budak kolej lain. Sampaikan kawan aku cakap "buat apa nak malu, main futsal je bukan buat benda tak elok". Thanks abam syamir bagi nasihat.

Sukan squash aku main juga tapi waktu tu just suka-suka je even ada jurulatih dari luar yang berpengalaman mengajar. Aku main sekali pastu dah tak nak sebab susah untuk seimbangkan pukulan pada dinding. Tengok jurulatih main memang nampak senang tapi bila cuba sendiri memang susah.

Sukan takraw aku pernah main masa dok asrama dulu tu pon sekali dua je. Mula-mula main timbang-timbang dulu pastu baru main kat gelanggang. So abes pasal sukan aku main. Aku nak cerita 3 hari lepas. Apa yang berlaku?? Jeng jeng jeng

Aku ni memang jenis yang cakap lepas dan memang tak mudah bercakap jujur (sebenarnya aku jujur). Al kesah petang tu budak ni ajak main takraw sebab boring. Takraw jela mampu main sebab nak main futsal memang tak boleh sebab tak ada bola. Aku pulak demam dan batuk petang tu so hanya mampu tengok je. Sambil tengok mulut aku memang perli budak ni. Dah nak abis game petang tu, budak ni ajak aku main pulak. Aku cakap kat budak ni aku tahu main tapi malas je. Budak ni pon paksa-paksa pulak.

Waktu nak main tu, geng aku start dulu. Percubaan pertama aku tak dapat tendang, percubaan kedua pon sama then percubaan ketiga baru ok. Waktu pertama kali tendang dan terlepas bola tu, aku terlepas cakap "dah lama tak main doh" tetiba kawan aku terdengar pulak. Sampai sekarang jadi bahan ketawa dia orang tapi tak kesah pon sebab aku ni hati batu since aku kena fitnah teruk dulu. Dulu aku memang awal2 masuk kolej, hati masih lembut so mudah terasa dan mudah dijadikan kambing hitam. Sekarang apa je budak-budak ni kutuk, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku pon dah lali dengan perli dan kutuk-kutuk ni. Dah rasa kebal dan dah tak ada benda yang perlu di ambil kesah. Sometime ada lawak atau kutuk2 yang boleh diterima tapi sometime ada benda yang kita tak boleh terima. Ada benda-benda ni akan menjadi kenangan dan akan ada hilang atau luput dari ingatan. Mungkin juga melalui lawak begitu juga membolehkan orang itu untuk ingat kita sampai bila-bila.

Itu saja yang boleh aku coretkan dan conteng di wall blog aku yang tak seberapa dan tak ada orang datang melawat ni. Ini adalah diary online aku dan aku akan tulis apa yang ada dalam hati aku. Kalau ada yang baca blog aku, harap dapat komen atau follow agar aku tahu ada yang baca dan takade la aku nak merepek panjang kat sini.

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.






STUDENT SEBAGAI KAWAN

Assalammualaikum geng

Aku nak coretkan perihal diri ni. Kerja dengan orang Jepun ni memang kita kea ikut budaya mereka la. Aku pon dah start belajar bahasa Jepun tapi sempat masuk sampai bab 5 je la dari 16 bab sebab aku busy dengan keje. Walaupon tak banyak aku belajar tapi budaya kerja Jepun banyak aku praktikan. Dari start datang kerja sampai la balik kerja. 

Aku adalah staff paling muda kat kolej ni. Aku pon kira sebaya dah dengan budak-budak ni. Malah ada senpai dan kohai yang lebih tua dari aku. Aku dah anggap mereka seperti kawan pon. Kat pejabat dia orang akan hormat aku sabagai staf tapi kat asrama kite orang sebagai kawan biasa since umur pon tak jauh beza. Perangai budak-budak ni sama macam perangai geng-geng masa aku belajar kat kolej dulu. 

Bab mengutuk semua nombor satu tapi aku sangat respect dan nak bagi tabik hormat sebab dia orang tak kutuk belakang macam orang lain (yeker??). Perangai dia orang sebijik macam geng aku dulu yang suka kutuk depan-depan dan akan habis kat situ je. Oh bile sebut pasal geng classmate dan housemate, terasa rindu pulak padahal baru je jumpa time raya hari tu. 





Aku suka perangai macam tu. Tak sembang belakang dan jujur. Alhamdulillah Allah kurniakan aku kawan, sahabat dan pelajar yang terbaik untuk menjelajah kehidupan yang indah ini. Kawan ini lah yang aku harapkan akan membimbing aku ke syurga. Mereka ni pon jenis yang solat so tak rugilah bile kita ajak berjemaah, mereka akan join sekali.

Akhir kalam, semoga kita berjumpa lagi.




RAYA!! RAYA!! RAYA!!


Assalammualaikum geng

Agak lama tak menulis kat blog ni. Agak lama menyepi dari mencoret di dinding blog ini. Cepat betul masa berlalu dan bumi kita kini dimamah usia tanpa kita sedari. Betapa hari ke hari umur kita makin meningkat. Kita masih tidak tahu adakah amalan kita sudah seimbang dunia dan akhirat atau tidak? Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan bulan syawal yang mulia ini. Terasa rindu pada Ramadan yang baru saje berlalu. Jika dahulu puasa terasa sangat lama tetapi kali ni sangat pantas waktu berlalu. Berpuasa 30 hari ibarat seminggu saja. Mungkin saja ada kekurangan dalam ibadah sehingga memperlihatkan sedikit kerugian pada diri. Harap dipertemukan lag pada Ramadan akan datang.

Hari ni just nak story pasal raya tahun 2017. Beza memang berbeza. Tahun lepas beraya sebagai penganggur tetapi tahun ni raya sebagai penjawat awam. Tahun lepas masih dapat duit raya tapi tahun ni kena bagi duit raya pula. Tambahan pula anak buah dah jadi 3 orang so kena la sediakan duit raya untuk 3 orang + adik bongsu perempuan tu yang masih study lagi.

Seronok memang seronok sebab dapat pengalaman baru. Tahun ni nak raya mesti kena apply cuti dulu kalau tak memang beraya kat opis je la. Insyallah bulan 9 ni masok setahun aku kerja kat sini. Tahun ni aku buat open house kat pejabat. Alhamdulillah dapat kerjasama dari pelajar-pelajar senpai. Kalau nak harapkan aku sorang, memang tak larat la jadinya. Dek kerana kerjasama penuh yang diberikan, rumah terbuka tu berjalan lancar. Alhamdulillah Allah dah permudahkan urusan aku. Sensei kat sini cakap tak pernah lagi Pusat Bahasa buat open house so kiranya aku la orang pertama yang rajin sangat buat open house ni. Nasib la sensei pon banyak tolong kalau tak memang tak menang tangan nak uruskan majlis ni.

Aku buat open house bukan hanya untuk eratkan silaturahim sesama pelajar dan staf saja tapi untuk mencipta kenangan pada pelajar sebelum mereka terbang ke Jepun. Mungkin saja ini akan menjadi raya terakhir mereka di sini dan takkan dapat merasainya lagi pada tahun hadapan. Aku hanya nak cipta kenangan demi kenangan sebagai buah tangan jika terpaksa bertugas di tempat lain.

Moral support yang tinggi mendorong aku melakukan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan tempat ini. Banyak aktiviti yang aku plan untuk tahun ni dan aku harap sangat Allah permudahkan urusan dan kawan-kawan kat sini bagi fully support dalam semua aktiviti. Bukan untuk tunjuk aku ni rajin tapi hanya menjalankan amanah Allah.

Sampai sini saja dapat aku coretkan. Aku pon tak tahu apa yang aku merepek ni. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN dan aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sepanjang kita berkenalan ada terkasar bahasa atau perlakuan.

Terima kasih


Monday, September 19, 2016

INTERNATIONAL LANGUAGE



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Pasti semua orang ada minat kan? Sudah semestinya ada minat kerana tanpa minat, hidup akan membosankan. Aku ni pon minat banyak benda tapi semua tak kekal pon. Benda yang paling aku minat adalah belajar bahasa asing. Pengalaman baru dan pengetahuan baru.

Semenjak masuk sekolah, aku dah diajar 2 bahasa iaitu melayu dan english. Bila aku kat kolej pulak, aku di ajar bahasa Arab (kelas tambahan percuma) selama setahun dan bahasa Mandarin selama 1 tahun setengah. Kini aku memasuki alam pekerjaan, aku diletakkan di bawah Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA yang memberi aku peluang untuk belajar bahasa Jepun. Sungguh menarik peluang aku kan.

Yang menarik minat aku untuk belajar bahasa Arab ini adalah kerana ia bahasa nabi dan bahasa Al-Quran. So aku pikir mudah la aku nak paham maksud ayat yang aku baca nanti. Tapi malangnya aku tak sempat habis pon belajar dan tu pon aku hanya belajar basic je. So aku hanya faham basic je sampai sekarang.

Bagi bahasa Mandarin pula, pelajar2 di kolej aku memang wajib ambil kelas ni. Takda siapa pon yang boleh lari dari kelas Mandarin ni. Pengajian dia mengambil masa 1 tahun setengah merangkumi 3 semesta. Semesta 1 diajar sebutan huruf2 vocal serta membaca, semester 2 pula diajar untuk menulis dan semesta 3 diajar untuk membaca dan menulis. Sangat menarik untuk dipelajari bahasa Mandarin ni. Setiap semesta ada ujian dan kami kena PASS ujian, kalau tak kena ambil semula ujian bahasa Mandarin ni (kena repeat class bahasa). Selama 1 tahun setengah belajar, aku tak manfaatkan ilmu percuma ni. Masa tu aku belajar untuk pass exam je dan terikut2 kawan. So apa yang aku belajar selama ni, hanyalah sia-sia dan aku tak pernah praktikan selepas tamat belajar.

Untuk bahasa Jepun ni pulak, aku berhasrat nak belajar sampai aku paham. Memandangkan aku bekerja kat Pusat Bahasa Jepun ni, ia beri aku kelebihan untuk mendalami budaya, bahasa dan adab2 orang Jepun. Ini sebab terdapat 2 pensyarah yang memang asal Jepun dan di kolej ini dipraktikan 100% budaya Jepun dari segi kebersihan dan adab2. Walaupon pada awalnya aku tak paham apa yang dia orang pertuturkan tapi Insyaallah suatu hari nanti aku juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Jepun dengan mereka.

Memang nampak susah untuk belajar bahasa asing ni tapi bila dah belajar, ia akan menjadi keseronokan bagi kita. Mendaki la sedikit demi sedikit agar kite sampai ke puncaknya bukan kite hanya melihat dari bawah dan bangga dengan usaha orang lain. Ketahuilah, ada banyak kelebihan jika kita dapat menguasai bahasa asing.

Bersambung...




Wednesday, September 7, 2016

HIDUP KAMI



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalammualaikum. Hidup sebagai penjawat awam adalah satu keseronokkan tetapi kadang2 ia kebosanan. Ramai yang mengimpikan bekerja sebagai penjawat awam sebab tak banyak kerja perlu dilakukan dan tidak stress. Lain pula jika bekerja dengan sektor swasta yang penuh dengan kerja serta sentiasa menghadapi tekanan.

Namun menjadi lumrah alam pekerjaan jika setiap hari ada tekanan yang datang menimpa kita. Tekanan itu adalah salah satu ujian Allah kpd kita bagaimana cara kite untuk mengatasi dan mencari jalan keluar dari tekanan itu sendiri. Semua kerja ada tekanannya sebenarnya cuma kita tak tahu.

Bersambung...

Tuesday, September 6, 2016

Rezeki Yang Tak Terduga


                                                                بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah setelah penantian yang agak lama, aku dapat kerja yang agak baik. Allah murahkan rezeki aku dan memberikan segala apa yang aku doa serta hajatkan selama ni. Bukan mudah untuk kita mendapatkan apa yang kita impikan tetapi saat kite berusaha keras untuk mendapatkannya, jangan kite lupa untuk bersujud dan menadah tangan memohon dari Yang Maha Esa.

Penantian itu satu penyiksaan kerana ia kadang2 tidak akan berakhir dengan satu kegembiraan. Di saat rakan-rakan sedang selesa melanjutkan pelajaran dan berbelanja dengan wang pinjaman PTPTN serta MARA, aku masih tercari-cari ruang kerja untuk masa depan aku. Aku tak boleh ego dengan mengikut jejak langkah kawanku kerana aku perlu bermula sekarang demi hidup yang selesa. Biarlah adik aku saja yang melanjutkan pelajaran tahun ni.

Pelbagai tempat aku pergi dan berpuluh2 temuduga aku hadir tetapi ujian Allah pada aku sangat berat. Dengan kelayakan aku yang tak seberapa ni serta tiada pengalaman kerja, siapalah yang nak amik aku kerja. Mungkin kawan2 aku akan rasakan pengalaman begini juga selepas tamat belajar. 

Alhamdulillah pada umur aku 22 tahun, aku masih tidak menanggung sebarang hutang. Hidup sebagai orang yang bebas hutang adalah satu keseronokkan. Bagi kawan aku, mereka perlu membayar hutang setelah tamat degree dalam masa sama perlu mencari kerja untuk menyara hidup. Aku terpikir jika aku tak cari kerja sekarang, apa akan terjadi pada aku lagi 5 ke 10 tahun akan datang? Adakah masih merempat dalam mencari kerja.

Apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Kita tak boleh jangka ape yang Allah nak beri pada kita. Jangan kita mendesak Allah untuk tunaikan permintaan kita kerana hanya Allah yang tahu masa sesuai untuk Dia memakbulkan doa kita. 

Maka 5 September 2016, bermulalah alam pekerjaan aku yang sebenar.

Friday, October 16, 2015

Inilah Hijrah Diriku

Assalammualaikum w.b,t

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan 'Salam Maal Hijrah 1437H' kepada semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yang berada di dalam negara atau luar negara. Bersempena tahun baru hijrah ni, marilah kita bermaafan antara satu sama lain dan melupakan sengketa yang telah berlalu. Marilah bersama-sama kita membuka buka baru dan lebih mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta.

Pada kali ini, aku ingin menceritakan serba sedikit penghijrahan yang telah aku rancang untuk tahun 1437H ini. Mungkin sesetengah orang melihat pengertian hijrah itu berpindah dari satu tempat ke tempat lain seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad yang berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Hijrah bukanlah hanya kepada perpindahan tempat tetapi berhijrah dari keburukan ke kebaikan juga adalah hijrah.

Mungkin setiap kali tahun baru Islam tiba, kita selalu berazam tetapi azam itu tidak tercapai pada tahun itu. Setiap kali tahun baru hijrah tiba, apa yang aku inginkan ialah aku berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya serta menjadi seorang anak yang soleh. Mungkin ini perkara biasa yang kita dengar tetapi kita susah untuk mencapainya.

Hijrah dari keburukan ke kebaikan adalah perkara utama yang aku fokuskan. Aku bukanlah seorang manusia yang baik atau alim seperti yang dilihat orang sekeliling aku tetapi aku bukanlah sejahat yang disangka. Aku juga tak terlepas dari melakukan kesalahan. Banyak zina yang aku lakukan sepanjang aku hidup. Orang melihat aku seperti orang tidak berani melakukan dosa tetapi aku adalah sebaliknya.

Orang sekeliling aku hanya melihat aku dari luaran tetapi mereka tidak pernah melihat aku dari dalaman. Kerana dosa yang pernah aku lakukan, aku pasrah saat bersujud memohon maaf dari Allah Yang Esa. Aku terasa malu setiap kali mengadap Allah kerana dosa yang aku lakukan tetapi aku harus melakukannya kerana kepada Allah juga aku akan kembali. Aku tahu Dia Maha Mengampuni tetapi telah aku serahkan jiwa dan hidup aku kepadaNya. Oleh itu, aku berazam ingin melakukan penghijrahan yang terbesar dalam diri aku. Aku inginkan penghijrahan itu bermula dari dalam diri aku sendiri. Hijrah diri itu lebih baik dari hijrah tempat.

Hijrah menjadi anak soleh adalah antara satu keutamaan dari diri seorang anak. Seorang anak yang soleh yang berdoa untuk ibu bapanya, tidak terhalang doanya oleh Allah. Aku selalu mengimpikan itu kerana aku sayang ibu ayahku dan aku ingin membalas jasa mereka dengan pengorbanan dan doa.

Aku kehilangan mak saat umur aku 12 tahun. Mak meninggal disebabkan "breast cancer". Setelah mak meninggal, abah lah yang menjaga kami adik beradik. Duit yang abah cari adalah untuk kegunaan kami adik beradik. Kami adik beradik tidak pernah minta simpati dari orang lain kerana kami boleh hidup tanpa bantuan mana2. Oleh sebab itu, aku sentiasa berdoa agar doa kami sampai kepada Sang Pencipta.

Aku memohon kepada Allah agar diberikan waktu untuk kami adik beradik membalas segala pengorbanan yang telah abah dan mak lakukan. Abah masih ada jadi kami masih sempat membalas jasanya tetapi mak telah tiada jadi kami hanya mampu mengirim doa kepadanya setiap kali selepas kami bersolat.

Salam Maal Hijrah 1437H







Saturday, October 10, 2015

Puisi : "Aku Helaian Kertas"


Aku helaian kertas
Yang engkau tulis kisah suka dan duka
Dengan pena engkau mencoret

Aku helaian kertas
Yang hari demi hari penuh ruang kosong
Dengan kata engkau meluah

Aku helaian terakhir
Yang mana bila kau tidak
memerlukan lagi untuk berkongsi kisah
Yang hanya kau biarkan berhabuk dan terbakar

Dan akhirnya aku terkapai-kapai sendirian
Dibalik api kemusnahan tanpa sedikit hirauan
Dan yang cuma kau bawa kenangan sahaja
Yang dianggap penting untuk kau semat
dalam ingatan

Nukilan Sang Puitis Dylasnad

Tuesday, November 12, 2013

Puisi : "Surat Untukmu Pendeta"


Pendeta,
Diriku hanyalah pengembara,
Mengembara ke sana dan ke sini untuk menimba ilmu,
Jauh dan dekat tetap ku berjalan,
Dimana ku berhenti disitu takdirku,
Dimana ku berhenti disitu bermula perjuangan ku,
Demi mencari ilmu yang luas,
Ilmu tak akan pernah habis,
Demi untuk masa depan ku yang cerah.

Pendeta,
Dirimu disanjung oleh anak murid mu,
Jasamu dikenang sepanjang hidupku,
Anak muridmu kini telah berjaya,
Menjadi enginer,doktor,peguam dan lain-lain,
Tetapi dirimu cikgu,
Tetap menjadi cikgu untuk selamanya,

Nukilan Sang Puitis Hero

Saturday, October 19, 2013

Ikrar Diriku


"Sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah dengan kalimah syahadah"


Pengertian Munafik Mengikut Pandangan Islam

Assalammualaikum wbt. Apabila kita berbicara bab munafik sering kali orang menganggap perkara ini senang difahami. Jika kita menganggap seseorang itu munafik, cuba kita menilai diri kita sedalamnya dengan fakta2 dalam ayat al-Quran di bawah ni.



Pengertian munafik yaitu orang yang zahirnya berbeda dengan isi hatinya. Orang-orang yang berpura-pura setia kepada agama, tetapi pada hakikatnya tidak demikian. Dalam pepatah dikatakan lain di mulut lain di hati. Pengertian munafik dari segi akidah adalah menyembunyikan kekafiran dalam hatinya dan menampakkan keimanan dan lidahnya.

Allah swt. berfirman dalam Q.S. Al-Baqarah [2]: 8
8. Dan di antara manusia ada yang berkata, “Kami beriman kepada Allah dan hari akhir,” padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
Allah swt. berfirman Q.S. Al-Munafiqun [63]: 2
2. Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Sungguh, betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan.
Di dalam hadis, Rasulullah menyebutkan ciri-ciri orang yang munafik sebagai berikut.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ (رواه البخارى ومسلم)

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, apabila berkata, ia berdusta, apabila berjanji, ia mengingkari, dan apabila dipercaya, ia berkhianat."(H.R. Al-Bukhari no. 32 dan Muslim no. 89).
Pada hadis tersebut, ciri-ciri orang munafik sebagai berikut:
1. Apabila berkata, ia berdusta.
2. Apabila berjanji, ia mengingkari.
3. Apabila dipercaya, berkhianat.

Perilaku munafik merupakan perilaku tercela. Perilaku ini sangat berbahaya. Adapun bahayanya sebagai berikut:
1. Orang munafik tidak dipercaya oleh orang lain
2. Terjadi konflik di dalam dirinya, sehingga tidak ada ketenteraman, dan muncul keraguan di dalam hatinya.
3. Orang lain terjerumus dengan ajakannya
4. Merugikan masyarakat, karena orang-orang munafik itu selalu ingin menimbulkan  kerusakan.
Orang yang munafik akan ditempatkan pada tempat yang paling dasar dari neraka.

Allah swt. berfirman  dalam surah An-Nisa 145
145. Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.
Sekian terima kasih..


Friday, July 12, 2013

::PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR::


Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.

Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku

Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

Jawabannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.

Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.

Astaghfirullahal 'Adzim..
Ampunilah kami Ya Allah..
Kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat..
Sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu..
Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu..
Sementara kami selalu melanggar larangan-Mu..

Ya Allah...
Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu..
Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu..
Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus.
Agar kami tidak sesat dan tersesatkan...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tuesday, March 26, 2013

Born Day

Hari Lahir

Syukur alhamdulillah kehadrat Illahi di atas limpah kurniaNya, 
pada hari ini genaplah umur zul 19 tahun.Syukur kepada Allah SWT 
kerana telah memberikan kesihatan dan kekuatan kepada zul untuk meneruskan 
kehidupan sehingga ke hari ini. Zul dilahirkan pada tanggal 26 Mac 1994 di 
Hospital Besar Kuala Pilah,Negeri Sembilan. Zul telah dilahirkan oleh seorang 
perempuan yang sangat zul sayangi iaitu Puan Napsiah Binti Mohd Yusof. 
Segala pengorbanan yang dilakukan oleh ibu tidak akan dapat zul balas.

Seperti tahun-tahun yang lepas, hanya satu permintaan dan hadiah yang zul
minta dari sahabat-sahabat andai semua iaitu tolong
"hadiahkan Al-Fatihah khas untuk ibuku tersayang 
Almarhummah Napsiah Bt Mohd Yusof"

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, 
Aku menadah tangan memohon doa kepadaMu pada hari ini bersempena 
sambutan ulang tahun kelahiran aku,
Engkau limpahkanlah rahmat dan keberkatan ke atas keluarga aku Ya Allah.
Engkau tempatkanlah bondaku di kalangan orang-orang soleh dan solehah.
Engkau anugerahkanlah tempat di syurga yang indah buat bondaku 
di atas segala pengorbanan masa dan hartanya untuk membesarkan aku.



Tuesday, March 5, 2013

Isteri Solehah Penyejuk Hati Suami


Dalam satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: "Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga."
Saya membalas : "Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.
"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu."
Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."

Monday, February 18, 2013

Monday, February 4, 2013

Outing With Ukhti..



Assalamualaikum semua..

Pada kali ni zul share sikit pengalaman zul dan kawan-kawan sepanjang cuti 2 hari ni..Untuk pengetahuan semua,aktiviti ini semua kami tak rancang pun..Malah tak terniat pun nak buat semua aktiviti ni..


Aktivti di Gua Tempurung: 

Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga kami menamatkan aktiviti kami di dalam gua ni.First time masuk gua tempurung memang excited sangat-sangat selepas melihat keindahan dalaman gua ni..Kami telah memilih aktiviti 3 yang mana kami kena meredah sungai,lorong tikus dan turun dari bukit..Bercakap tentang turun dari bukit kat dalam gua,kami mula-mula nampak rasa macam susah je sebab keadaan yang curam dan licin tapi selepas melakukannya kami rasa senang je..Bagi meredah sungai pulak,kami terpaksa menyelam dalam air disebabkan keadaan laluan gua yang sempit dan berbatu-batu..Masa zul meredah sungai,seorang kawan zul ni memang nakal.Ada pulak dia tarik kaki dan seluar zul masa dalam air..Nasib baik seluar tak tercabut..Bagi lubang tikus pulak,kami terpaksa menyelusup masuk ke dalam lubang yang kecil itu untuk menuju ke destinasi yang lain..Nasib baik badan zul kecik je so senang la lepaskan diri dari lubang tu..Ada seorang peserta ni,badan dia tak ada la besar mana pun tapi takut-takut nak masuk sebab belakang dia besar sangat..Kami pun tergelak la masa dia nak masuk sebab dia je peserta yang mulut bising..haha






Aktiviti di Ipoh Parade:

Aktiviti ni pun kami tak rancang..Mula-mula kami nak buat aktiviti flying fox kat gua tempurung tapi masa aktiviti tu lambat pulak so kami tukar pula ke aktiviti paintball tapi untuk paintball pulak dah ada orang yang tempah..Sebab tu kami decide nak main boling dekat ipoh parade..Selepas tukar baju,kami terus bergerak sini untuk main boling..Kami telah mengadakan satu perlawanan yang mana setiap group diwakili 3 orang ahli untuk bermain..Group pertama zul,syamir,isyraf dan group yang ke-2 adib,solihin,najmi..Alhamdulillah,kami berjaya menewaskan mereka didalam kedua-dua set..Tapi yang tak bestnya ukhti tak nak main boling lak but she really happy with us..





Pantai Teluk Senangin:

Selepas main boling dekat ipoh parade,kami bergerak pula ke sini..Sebelum kami ke sini,zul dan kawan-kawan singgah dulu kat hostel untuk ambil baju..Kami ke sini sebenarnya nak mandi tapi disebabkan waktu kami sampai dah malam so zul pun tak nak la mandi..Mula-mula kawan zul nak mandi tapi disebabkan  air tak sejuk jadi mereka batalkan niat dia orang..Tak tahu apa aktiviti yang kami nak buat dekat sini jadi kami pun buat la unggun api dengan harapan dapat duduk disekelilingnya..Tapi malangnya disebabkan tak banyak kayu api yang boleh kami bakar so sekejap je unggun api menyala..Masa lama lagi so kami pun ambil keputusan untuk jalan-jalan disepanjang tepi pantai..Di sepanjang perjalanan kami menemui satu lubang yang mana terdapat ketam didalamnya..Mula-mula kami tak berniat nak kacau ketam tu tapi selepas kami kacau satu lubang rasa menarik lak..Yang paling menariknya ukhti terus melompat masa ketam keluar.Tergelak kami semua melihat gelagat ukhti...



Bukit Broga,Semenyih:

oke, selepas kami lepak kat Teluk senangi, secara tibe-tibenye pun adib berkata kat ukhti "kak, jum gerak ke bukit broga?", Paling best ukhti relaks je cakap "oke, tak kesoh" so tanpa sebarang perancangan kami pun bergeraklah ke Bukit Broga *broga hills

Zul yang bawak kereta tu sementara ke selangor tapi sekejap-sekejap tukar dengan Syamir dan Mark.Kami ingat bukit tu kecik je la *like a hill just a hill , Kami datang tanpa sebarang alat bantuan iaitu = makanan dan minuman, zul pun time tu pakai selipar ja :D

so kami pun panjatlah bukit tu dengan ratusan orang yang lain. Duk panjat-panjat barulah kami terfikir sejenak "Ape lancau tinggi bebenor bukit ni?"

tanpa sebarang permikiran yang kritis lagi kreatif kami sebenarnya telah pun sampai ke kaki Gunung Tokwan
iaitu Gunung Tokwan.

jadi dipendekkan cerita, marilah kita bersama-sama melihat gambar masa kami kat Broga Hills :-)